ARTIKEL

Asah bakat di kolej vokasional

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LUNDU: Semua pihak mesti berusaha membentuk belia agar dapat menjadi pemimpin yang berjaya di masa depan. Menteri Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, untuk melihat pemimpin negeri pada masa depan, Sarawak perlu melihat belia pada hari ini.

“Semua pihak berperanan membimbing belia supaya mereka tidak menjadi golongan bermasalah atau tanpa arah tuju. “Ini tanggungjawab semua ibu bapa, wakil rakyat dan pemimpin untuk melibatkan diri dengan belia dan memimpin mereka pada landasan yang betul.

“Jika kita gagal melakukannya, negara akan jatuh,” katanya semasa merasmikan Jelajah Belia Sarawak Peringkat Lundu di Stadium Tertutup Lundu baru-baru ini. Beliau berkata, setiap ibu bapa pasti mengharapkan anak mereka berjaya tetapi kejayaan tidak boleh diukur dengan wang atau berjaya masuk ke universiti.

“Terdapat banyak kolej dan institusi teknikal yang menawarkan tempat kepada mereka yang tidak berjaya memasuki universiti… mereka masih boleh berjaya. “Apa yang penting ialah belia mesti mempunyai sasaran dan hala tuju dalam hidup. “Jika sudah mencapai matlamat atau hampir dengan matlamat itu, itu juga satu kejayaan,” tambahnya.

Jelas Abdul Karim lagi, penting untuk belia memberikan tumpuan kepada apa-apa yang mereka minati. “Asah kemahiran dan bakat anda di kolej teknikal.

“Apabila tamat pengajian kelak, anda akan menjadi seorang yang mahir dan boleh menyumbang kepada negara,” katanya. Adun Tanjong Datu Datuk Amar Jamilah Anu; Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Nancy Jolhi; Pegawai Daerah Lundu Gustian Durani dan Setiausaha Majlis Daerah Lundu Norashikin Brahim turut hadir.

BERITA LAIN

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk

BERITA TERBARU

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk

Polis Sahkan Pegawai Kastam Maut Dipercayai Dibunuh Suami

NILAI: Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditemukan maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi.