ARTIKEL

ASEAN Lancar Logo Baharu, Bendera Dikemas Kini Tanda Kemasukan Timor-Leste

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MANILA: ASEAN melancarkan logo baharu dan bendera yang dikemas kini pada upacara pembukaan Sidang Kemuncak ASEAN ke-49 di Manila pada Ahad, menandakan perluasan blok serantau itu kepada 11 negara anggota susulan kemasukan Timor-Leste.

Pemimpin ASEAN menyaksikan upacara menaikkan bendera yang dikemas kini itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Filipina, yang diketuai Presiden Filipina Ferdinand R. Marcos Jr. selaku Pengerusi ASEAN.

Menurut Pejabat Komunikasi Presiden Filipina, bendera yang dikemas kini itu menampilkan 11 tangkai padi yang dilingkungi bulatan merah dan putih dengan latar belakang biru, masing-masing mewakili sebuah negara anggota.

Sebelas tangkai padi itu melambangkan pertambahan keanggotaan ASEAN kepada 11 negara.

“Tahun ini, Protokol Cebu menandakan satu lagi langkah dalam perjalanan itu, mencerminkan ASEAN yang dianggotai 11 negara dan bersama-sama membentuk masa depan,” kata Marcos pada upacara pembukaan berkenaan. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU