ARTIKEL

ASEAN bincang keselamatan serantau, krisis Myanmar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MANILA: Krisis Myanmar dan ketegangan di Laut China Selatan dijangka menjadi antara agenda utama Sidang Kemuncak ASEAN ke-49 dan Sidang-Sidang Kemuncak Berkaitan yang bermula di sini hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tiba malam tadi dijadual menghadiri majlis perasmian di Pusat Konvensyen Antarabangsa Filipina, dipengerusikan Presiden Filipina Ferdinand R. Marcos Jr. selaku Pengerusi ASEAN.

Anwar turut dijadual menyertai sidang pleno dan sesi permukiman pemimpin serta beberapa mesyuarat bersama wakil Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN, Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN dan Belia ASEAN.

Menurut Kementerian Luar, perbincangan akan tertumpu kepada pembinaan Komuniti ASEAN, daya tahan serantau, keselamatan tenaga dan rantaian bekalan. Pemimpin juga dijangka menilai pelaksanaan Konsensus Lima Perkara berhubung Myanmar serta perkembangan rundingan Kod Tatalaku di Laut China Selatan.

Isu pencemaran jerebu rentas sempadan dan krisis Asia Barat turut dijangka dibincangkan. Pada Isnin, Anwar dijadual menghadiri sidang kemuncak bersama China, Australia, Korea Selatan dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Perhimpunan tiga hari bertemakan “Navigating Our Future, Together” itu akan berakhir pada Selasa dengan Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Amerika Syarikat serta penyerahan jawatan Pengerusi ASEAN daripada Filipina kepada Singapura seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

Bumi datar dan tembok ais

MENARIK tentang manusia, semakin banyak teknologi digunakan untuk menjelaskan dunia, semakin banyak pula persoalan muncul yang mencabar penjelasan tersebut. Di tengah-tengah kemajuan sains dan penerokaan

BERITA TERBARU