ARTIKEL

Jualan Agro MADANI perluas akses pasaran petani, penternak dan nelayan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA KINABALU: Program Jualan Agro MADANI terus menjadi platform untuk memperluas akses pasaran petani, penternak dan nelayan menerusi pemasaran produk pertanian serta agromakanan secara langsung kepada pengguna sekali gus mengurangkan pembelian orang tengah.

Menurut Bernama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud berkata, inisiatif di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu juga membolehkan pengguna mendapatkan produk berkenaan pada harga berpatutan.

Beliau berkata, inisiatif itu dilaksanakan di seluruh negara dan penganjurannya di Sabah dan Sarawak amat dialu-alukan kerana menjadi ruang untuk petani memasarkan hasil pertanian, selain menggalakkan masyarakat setempat membeli barangan pada harga lebih murah.

Menurut beliau, FAMA (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan) dan agensi berkaitan berperanan membawa produk berasaskan pertanian itu untuk dipasarkan melalui Jualan Agro MADANI supaya capaiannya lebih luas kepada pengguna, katanya kepada pemberita semalam selepas meninjau program tersebut di Kampung Inanam, dekat sini, yang merupakan siri penganjuran terakhir bagi Parlimen Sepanggar pada tahun ini.

Mustapha berkata, Kerajaan MADANI akan terus meningkatkan peruntukan bagi program Jualan Rahmah, Jualan Agro MADANI dan inisiatif berkaitan pada tahun hadapan bagi memastikan rakyat dapat menikmati barangan keperluan pada harga berpatutan, selain meringankan beban kos sara hidup terutamanya golongan B40 dan membantu perbelanjaan harian mereka dalam mendepani cabaran ekonomi semasa, manakala penganjuran Jualan Agro MADANI bagi Parlimen Sepanggar akan sentiasa ditambah baik supaya semakin ramai masyarakat mendapat faedah daripada inisiatif itu.

BERITA LAIN

Bumi datar dan tembok ais

MENARIK tentang manusia, semakin banyak teknologi digunakan untuk menjelaskan dunia, semakin banyak pula persoalan muncul yang mencabar penjelasan tersebut. Di tengah-tengah kemajuan sains dan penerokaan

BERITA TERBARU

Sektor kenderaan EV buka peluang kerjaya

SIBU: Keperluan melahirkan tenaga kerja mahir dalam teknologi kenderaan elektrik (EV) semakin mendesak susulan perkembangan pesat industri mobiliti elektrik yang bakal mengubah landskap pengangkutan dan

PRN Melaka: 26 calon hilang wang deposit

KUALA LUMPUR: Sebanyak 26 calon hilang wang deposit selepas gagal memperoleh sekurang-kurangnya satu perlapan daripada keseluruhan jumlah undi yang dikira pada Pilihan Raya Negeri (PRN)