ARTIKEL

Tun Wan Junaidi menyampaikan amanat pada Majlis Konvokesyen UTS Kali Ke-11 di Dewan Canselor Tun Abdul Taib Mahmud, UTS, di sini, hari ini. | FOTO: TVS

TYT saran UTS perkukuh penyelidikan teknologi hijau dan karbon

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Universiti Teknologi Sarawak (UTS) disaran memperkukuh penyelidikan dalam bidang teknologi hijau, kelestarian dan pengurusan karbon bagi menyokong aspirasi pembangunan negeri menerusi Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).

Yang di-Pertua Negeri Sarawak merangkap Canselor UTS, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, universiti itu berpotensi mengembangkan penyelidikan dalam bidang berkenaan, sekali gus meningkatkan daya saingnya di peringkat antarabangsa.

TYT menyampaikan Anugerah Canselor kepada seorang graduan terbaik iaitu Pamela Anak Louis merangkap wakil graduan. | FOTO: PENERANGAN

“Pengkhususan dalam bidang teknologi hijau dan pengurusan karbon mampu menarik penyelidik serta saintis berkaliber ke Sarawak,” katanya ketika berucap pada Majlis Konvokesyen UTS Kali Ke-11 di Dewan Canselor Tun Abdul Taib Mahmud, UTS, di sini, hari ini.

Beliau turut menegaskan bahawa universiti perlu melangkaui fungsi tradisional sebagai institusi pendidikan dengan memastikan hasil penyelidikan dan inovasi dapat dikomersialkan serta memberi impak kepada ekonomi dan masyarakat.

Penyelidikan bukan sekadar memenuhi keperluan akademik atau diterbitkan dalam jurnal, sebaliknya perlu dikembangkan menjadi teknologi, produk dan syarikat pemula niaga yang mampu menjana pendapatan.

Menurutnya, hasil pengkomersialan penyelidikan bukan sahaja dapat mewujudkan sumber pendapatan baharu, malah membolehkan universiti melabur semula dalam pembangunan institusi serta memberi manfaat kepada rakyat Sarawak.

Beliau menggalakkan penyelidik UTS meneroka dan mendokumentasikan pengetahuan tradisional masyarakat peribumi Sarawak supaya warisan ilmu tempatan dapat dikembangkan menerusi penyelidikan berkualiti.

Mengulas aspirasi pembangunan teknologi angkasa negeri, Tun Wan Junaidi berkata, perancangan menubuhkan agensi angkasa sendiri dan melancarkan nanosatelit pertama Sarawak ke orbit turut membuka peluang penyelidikan baharu kepada saintis serta jurutera muda tempatan.

UTS berpotensi menyokong pembangunan bidang berkenaan, termasuk usaha meningkatkan sistem komunikasi di kawasan pedalaman.

Dalam perkembangan lain, beliau menyambut baik usaha UTS memperluas penawaran akademik kepada bidang seni dan kemanusiaan, selain perancangan memperkenalkan program perubatan bagi memenuhi keperluan pembangunan modal insan negeri.

Beliau turut menyokong aspirasi universiti itu untuk mencapai pengiktirafan menerusi QS World University Rankings sebagai penanda aras kualiti pendidikan dan penyelidikan bertaraf antarabangsa.

BERITA LAIN

Melahirkan generasi pelapis perlu diberi perhatian

SARATOK: Pembentukan modal insan berilmu, berkemahiran dan berakhlak menjadi asas penting dalam melahirkan generasi berdaya saing serta mampu menyumbang kepada pembangunan negara. Penyandang kerusi Dewan

BERITA TERBARU

Melahirkan generasi pelapis perlu diberi perhatian

SARATOK: Pembentukan modal insan berilmu, berkemahiran dan berakhlak menjadi asas penting dalam melahirkan generasi berdaya saing serta mampu menyumbang kepada pembangunan negara. Penyandang kerusi Dewan