ARTIKEL

MOHAMAD ketika mengetuai perarakan peserta pada Majlis Khatam al-Quran Pelajar Tahun Enam Sesi 2026 di Saratok, hari ini.

Melahirkan generasi pelapis perlu diberi perhatian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARATOK: Pembentukan modal insan berilmu, berkemahiran dan berakhlak menjadi asas penting dalam melahirkan generasi berdaya saing serta mampu menyumbang kepada pembangunan negara.

Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, usaha melahirkan generasi yang berpengetahuan tinggi, berpegang teguh kepada agama, inovatif, mempunyai jati diri dan beretika perlu diberikan perhatian.

Menurutnya, pembentukan generasi berminda kelas pertama bukan sahaja penting dalam agenda pembangunan negara, malah turut menjamin kesejahteraan dan perpaduan rakyat.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Khatam al-Quran Pelajar Tahun Enam Sesi 2026 di Masjid al-Muhtadin di sini, hari ini.

Majlis berkenaan menyaksikan seramai 122 murid diraikan, terdiri daripada 111 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Abdul Rahman dan 11 murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Min Syn.

MURID SK Abang Abdul Rahman dan SJKC Min Syn, Saratok yang berjaya menamatkan bacaan al-Quran masing-masing.

Mohamad turut mengucapkan tahniah kepada semua murid yang berjaya menamatkan Modul Khas al-Quran dalam silibus pembelajaran Tahun Enam.

Beliau juga menyambut baik usaha pihak sekolah, khususnya Panitia Pendidikan Islam, meneruskan penganjuran program seumpama itu bagi memupuk kecintaan dan minat membaca al-Quran dalam kalangan murid.

Penghayatan terhadap makna ayat suci al-Quran mampu memberikan inspirasi kepada murid untuk terus mendekatkan diri kepada Allah SWT, selain mendorong mereka menimba ilmu dalam pelbagai bidang.

Terdahulu, majlis dimulakan dengan perarakan murid menuju ke masjid, diikuti bacaan doa yang dipimpin Ustaz Zamri Md Isa.

Acara diteruskan dengan bacaan ayat suci al-Quran oleh Abang Muhammad Irfan Abang Muhammad Ismail sebelum majlis khatam al-Quran berlangsung.

BERITA LAIN

UTS rancang tawar program ijazah perubatan

SIBU: Universiti Teknologi Sarawak (UTS) menyasarkan untuk menjadi institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri pertama menawarkan program ijazah perubatan bagi membantu menangani kekurangan doktor dan

BERITA TERBARU

UTS rancang tawar program ijazah perubatan

SIBU: Universiti Teknologi Sarawak (UTS) menyasarkan untuk menjadi institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri pertama menawarkan program ijazah perubatan bagi membantu menangani kekurangan doktor dan