ARTIKEL

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan (tiga, kiri) menyertai para pemimpin ASEAN untuk bergambar berkumpulan sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) di sini pada Sabtu.

Malaysia gesa ASEAN, China muktamadkan draf Kod Tatalaku

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MANILA: Malaysia menggesa ASEAN dan China memperbaharui iltizam politik serta mempergiat usaha memuktamadkan draf Kod Tatalaku (COC) di Laut China Selatan.

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata rundingan mengenai COC giat dilaksanakan tahun ini dengan sesi rundingan diadakan setiap bulan, tetapi beberapa isu utama termasuk sifat dan skop geografi kod itu belum diselesaikan dan memerlukan perhatian segera.

Beliau berkata Malaysia, yang mempengerusikan bersama rundingan itu sejak 2024, bekerjasama rapat dengan negara anggota ASEAN lain serta China bagi memastikan rundingan menjurus kepada pembentukan COC yang berkesan dan substantif dalam tempoh sasaran tiga tahun yang dipersetujui pada 2023.

Mohamad, ketika menyampaikan pandangan pada Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN (AMM) di sini pada Sabtu, menggesa semua pihak menggandakan usaha memuktamadkan draf COC secepat mungkin, manakala ASEAN dan China menyasarkan untuk memuktamadkan rundingan itu menjelang akhir tahun ini.

Mengenai Myanmar, beliau berkata krisis di negara itu kekal antara cabaran paling mendesak terhadap perpaduan dan kredibiliti ASEAN, lalu menggesa objektif jelas dan kemajuan yang boleh diukur ditetapkan dalam pelaksanaan Konsensus Lima Perkara (5PC) seperi dilapor Bernama.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Sektor kenderaan EV buka peluang kerjaya

SIBU: Keperluan melahirkan tenaga kerja mahir dalam teknologi kenderaan elektrik (EV) semakin mendesak susulan perkembangan pesat industri mobiliti elektrik yang bakal mengubah landskap pengangkutan dan