ARTIKEL

Pasukan SK Song Kheng Hai.

ASEAN My Cyber Hero 2025: Sarawak dinobatkan sebagai ‘Best State Award’ kategori Rookie

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Sarawak dinobatkan sebagai ‘Best State Award’ bagi kategori Rookie dalam pertandingan akhir ASEAN My Cyber Hero 2025 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, hari ini.

Pencapaian cemerlang itu diperoleh apabila sebanyak empat pasukan sekolah rendah dari negeri ini berentap mewakili negara.

Empat pasukan dari Sarawak dinobatkan ‘Best State Award’ kategori Rookie dalam pertandingan akhir ASEAN My Cyber Hero 2025.

Pertandingan bertaraf antarabangsa ini menyaksikan Sarawak diwakili oleh SK Song Kheng Hai, dua pasukan dari SK St David Bumbok serta SJKC Chung Hua Krokop.

Lebih manis, kesemua pasukan terbabit yang masing-masing berusia 7 hingga 12 tahun, menduduki tempat ketiga, keempat dan enam.

Mereka adalah daripada keseluruhan 10 pasukan Malaysia yang bersaing dengan 10 lagi pasukan dari negara ASEAN.

Pertandingan My Cyber Hero 2025 merupakan inisiatif tahunan bertujuan memupuk kesedaran keselamatan siber dalam kalangan murid melalui pendekatan kreatif dan teknologi.

Penyertaan ini bukan sahaja mengharumkan nama sekolah dan negara, malah membuka peluang kepada murid untuk menimba pengalaman berharga di peringkat global.

BERITA LAIN

Pembangunan pesisir perlu utamakan kebajikan penduduk

BINTULU: Kerjasama kerajaan, sektor swasta dan komuniti setempat perlu diperkukuh bagi memastikan pembangunan kawasan pesisir pantai turut memberi keutamaan kepada keselamatan, kemudahan asas dan kesejahteraan

BERITA TERBARU