ARTIKEL

FADZIHAN Abbas (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof yang menyempurnakan simbolik peluncuran Program ‘Juh Melabur, Anak Sarawak’ di Cawangan ASNB Kuching, hari ini

ASNB tawar hadiah hampir RM50,000 kepada rakyat Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Rakyat Sarawak berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai hampir RM50,000 menerusi kempen pelaburan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), ‘Juh, Melabur Menang Mas’ yang berlangsung sehingga 31 Disember ini.

Antara hadiah ditawarkan termasuk emas 999 seberat 20 gram, dua motosikal Yamaha LC135 Fi, tiga pakej percutian ke Mulu Marriott, kad hadiah IKEA, baucar AirAsia serta hadiah pencapaian khas.

Bagi setiap pelaburan bersih terkumpul RM5,000 yang dibuat dan dikekalkan sehingga tamat tempoh kempen, peserta layak menerima satu penyertaan automatik untuk cabutan bertuah, tertakluk kepada terma dan syarat.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif ASNB, Fadzihan Abbas Mohamed Ramlee berkata, kempen berkenaan merupakan inisiatif pertama dianjurkan khusus untuk rakyat Sarawak bagi menggalakkan masyarakat melabur.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Program ‘Juh Melabur, Anak Sarawak’ di Cawangan ASNB Kuching, di sini, hari ini.

Pelaburan tidak semestinya bermula dengan jumlah besar kerana orang ramai boleh mula melabur menerusi ASNB serendah RM10.

Perkara lebih penting ialah memahami matlamat pelaburan, melabur mengikut kemampuan dan membina disiplin untuk melakukannya secara konsisten.

“Sebagai contoh, jika seseorang menyimpan dan melabur RM500 sebulan secara konsisten, jumlah itu berpotensi berkembang menjadi lebih RM80,000 dalam tempoh kira-kira 10 tahun, berdasarkan andaian pulangan tahunan sebanyak 5.75 peratus.

“Daripada jumlah itu, lebih RM20,000 merupakan hasil dividen yang dijana melalui kuasa faedah kompaun, melebihi jumlah simpanan yang dicarum sendiri,” ujarnya.

Beliau berkata, ASNB kini menawarkan 18 produk pelaburan bagi memenuhi pelbagai keperluan kewangan, termasuk pendidikan anak-anak, persediaan persaraan, pembinaan dana kecemasan dan matlamat kewangan lain.

Dalam pada itu, Fadzihan berkata, Program ‘Juh Melabur, Anak Sarawak’ bertujuan menggalakkan masyarakat mengambil tindakan nyata dalam pengurusan kewangan menerusi amalan menyimpan dan melabur secara konsisten.

“Inilah komitmen Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan ASNB kepada rakyat Sarawak. Kami mahu terus menjadi rakan dalam perjalanan kewangan anda, bukan hanya ketika memulakan pelaburan, tetapi pada setiap peringkat kehidupan,” katanya.

Beliau turut menggalakkan rakyat Sarawak menyertai kempen berkenaan menerusi cawangan atau ejen ASNB berhampiran serta platform myASNB.

Fadzihan berkata, ASNB akan terus menambah baik perkhidmatan, memperluas program pendidikan kewangan dan memperkenalkan lebih banyak inisiatif yang relevan kepada masyarakat di seluruh Sarawak.

BERITA LAIN

Anyi nafi dakwaan pilih kasih dalam pembangunan Ngemah

KANOWIT: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ngemah, Anyi Jana menafikan dakwaan kononnya beliau bersikap pilih kasih dan meminggirkan kawasan tertentu dalam pelaksanaan projek pembangunan

BERITA TERBARU

Anyi nafi dakwaan pilih kasih dalam pembangunan Ngemah

KANOWIT: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ngemah, Anyi Jana menafikan dakwaan kononnya beliau bersikap pilih kasih dan meminggirkan kawasan tertentu dalam pelaksanaan projek pembangunan