ARTIKEL

Abang Johari mengumumkan pengagihan dividen ASSAR sebanyak 6.5 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2026 | Foto: Ramidi Subari

ASSAR umum dividen 6.5 sen seunit

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Amanah Saham Sarawak (ASSAR) mengumumkan pengagihan dividen sebanyak 6.5 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2026, terbesar setakat ini di Malaysia, kata Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata, pengagihan dividen itu meningkat sebanyak 8.3 peratus berbanding 6.0 sen seunit bagi tahun kewangan 2025 dan 2024 melibatkan jumlah agihan sebanyak RM34.35 juta.

“Ini merangkumi pengagihan interim 3.0 sen seunit yang telahpun dilaksanakan pada 16 Februari lepas manakala pengagihan selebihnya iaitu sebanyak 3.5 sen seunit akan dilakukan sebelum penghujung bulan Julai ini.

“Ini disalurkan kepada 57,926 pemegang unit ASSAR berdasarkan baki pegangan unit mereka pada 30 Jun 2026.

“Dan pengagihan dividen ini merupakan pengagihan yang terbesar di Malaysia termasuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP),” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pengumuman Dividen ASSAR bagi Tahun Kewangan Berakhir 30 Jun 2026 di Pusat Hikmah Exchange di sini, hari ini.

Jelas Abang Johari, berdasarkan pendapatan boleh agih sebanyak RM39.65 juta berbanding peruntukan RM19.11 juta bagi agihan dividen seterusnya, terdapat lebihan pendapatan sebanyak RM20.54 juta yang tersedia sebagai rizab bagi menampung pendapatan Tabung ASSAR untuk tempoh yang seterusnya.

“Apa yang lebih membanggakan untuk tahun ini ialah di samping mampu mengagihkan kadar dividen yang lebih tinggi, ASSAR turut berjaya mempertingkatkan pengumpulan rizab.

“Rizab ini meningkat sebanyak 71.3 peratus iaitu daripada RM11.99 juta pada penghujung tahun kewangan 2025 kepada RM20.54 juta,” jelasnya.

Justeru beliau berharap kadar pengagihan dividen yang cukup kompetitif disokong pula oleh rizab pendapatan yang mampan, dapat mencetus serta menggalakkan lagi semangat dan minat melabur di kalangan masyarakat Bumiputera Sarawak, terutamanya dikalangan generasi muda.

Ujar Abang Johari, di samping pengagihan dividen yang kompetitif, ASSAR merupakan satu instrumen pelaburan yang selamat dan berisiko rendah dengan adanya mekanisme jaminan harga minima RM1.00 seunit.

“Saya berharap rakyat Sarawak terus menyokong produk dan inisiatif pelaburan yang ditawarkan oleh ASSAR, sebagai satu bentuk kerjasama dalam membina masa depan kewangan yang lebih mampan,” ujarnya.

BERITA LAIN

Politik Semenanjung tidak jejas GPS – Abdul Karim

KUCHING: Pergolakan politik di Semenanjung Malaysia dijangka tidak menjejaskan landskap politik Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13), dengan perpaduan rakyat dan agenda pembangunan

BERITA TERBARU

Politik Semenanjung tidak jejas GPS – Abdul Karim

KUCHING: Pergolakan politik di Semenanjung Malaysia dijangka tidak menjejaskan landskap politik Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13), dengan perpaduan rakyat dan agenda pembangunan