ARTIKEL

BANGGA…Razie Rafizzie Razali (tengah) bersama tali pinggang dimenanginya bersama Ajan Putra (kanan).

Atlet Muay Thai SUKMA, Razie cipta kejutan di Perlis

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Atlet Muay Thai SUKMA Sarawak, Razie Rafizzie Razali mencipta kejutan pada Terbuka Antarabangsa Perlis ‘Fight Night’ 3.0 2026 apabila meraih gelaran juara kategori terbuka lelaki 51 kilogram.

Dia menumpaskan Afiq Amsyar dari Kelab Padimas, Pulau Pinang menerusi kemenangan teknikal knockout (TKO) pada perlawanan yang berlangsung di Dataran Lok 9, Kuala Perlis hujung minggu lalu.

Kemenangan itu sekali gus menyaksikan atlet kelahiran Kuching berusia 18 tahun itu membawa pulang tali pinggang kejuaraan.

Ketua jurulatih Muay Thai SUKMA Sarawak, Ajan Putra berkata pencapaian anak buahnya itu amat membanggakan kerana berjaya mencipta keputusan di luar jangkaan.

“Pencapaian cukup hebat dipamerkan Razie Rafizzie Razali pada kejohanan tersebut.

“Kita tidak menjangka beliau mampu mencipta keputusan luar jangkaan. Apa pun, syabas dan tahniah kepadanya,” katanya kepada Arena Suara Sarawak.

Beliau mengakui kejayaan diperoleh anak didiknya itu adalah hasil usaha dan kerja keras yang dipamerkannya sepanjang kejohanan berlangsung.

“Pada awal saingan, Rafizzie diberi tentangan sengit oleh lawannya.

“Namun, dia berjaya mengimbangi tekanan dan memenangi perlawanan tersebut,” tambahnya.

Presiden Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS), Haji Jumaat Ibrahim turut menzahirkan rasa gembira dengan kejayaan dicipta Razie Rafizzie Razali pada kejohanan tersebut.

“Tahniah kepada Razie Rafizzie Razali atas kejayaan diperoleh dalam kejohanan itu.

“Diharap ia akan menjadi cetusan semangat kepadanya untuk beraksi pada temasya SUKMA sebenar kelak,” jelasnya.

Sementara itu, nasib berbeza dialami seorang lagi atlet Muay Thai SUKMA Sarawak, Muhammad Nur Aiman Kamaruddin yang tewas dalam kategori terbuka lelaki 58 kilogram.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali