ARTIKEL

Atta Halilintar bangga Indonesia Raya berkumandang di Gelora Bung Karna

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ATTA Halilintar dan Aurel Hermansyah menyaksikan perlawanan bola sepak Indonesia melawan Argentina secara langsung di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, baru-baru ini.

“Ultrasss Garudaaaaaa!!!” Atta menulis kapsyen di Instagram yang menunjukkan gambar berkumpulan sebelum perlawanan.

Antara detik istimewa perlawanan itu sudah tentu lagu Indonesia Raya yang berkumandang di seluruh Stadium GBK.

Dalam situasi tersebut, wajah Atta dilihat penuh emosi.

Memang tidak dapat dinafikan, keputusan perlawanan persahabatan antara pasukan kebangsaan Indonesia menentang Argentina tidak membuatkan rakyat negara itu berasa puas. 

Namun, Atta mengakui dia ikhlas dan bangga dengan keputusan itu.

“Indonesia tetap terbaik… terima kasih untuk pasukan negara saya,” katanya dalam kapsyen salah satu foto di Instagram.

BERITA LAIN

JEP SEPAHTU bayar zakat RM1.93 juta

JEP SEPAHTU sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi 16 resit pembayaran zakat bagi tempoh 2016 hingga 2025 yang menunjukkan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.93 juta. Perkongsian

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha