ARTIKEL

Shaik; Zairul dan Syamsir ketika diwawancara Suara Sarawak semalam

Aura magis konsert Nidji gegarkan Kuching hujung minggu ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Bukan biasa-biasa, selepas gegarkan Miri pada tahun lepas, kini giliran Kuching pula merasai aura magis konsert Pelangi yang membawa band legenda Indonesia, Nidji, terus ke jantung Borneo.

Namun di sebalik pentas gemilang dan sorakan ribuan peminat, tersimpan peluh dan debar pasukan produksi gara-gara drama di lapangan terbang—barangan konsert seberat 113 kilogram yang hampir tidak lepas.

Menurut Eksekutif Projek, Shaik Farhann, pihaknya tiba lebih awal di lapangan terbang bagi proses daftar masuk baru-baru ini, namun berdepan masalah apabila dimaklumkan jumlah berat barangan yang dibawa melebihi had ditetapkan.

“Barang-barang seperti lanyard, t-shirt eksklusif dan pelbagai merchandise lain yang penting untuk kelancaran acara mencatatkan berat keseluruhan 113 kilogram,” katanya.

Beliau berkata, caj lebihan bagasi yang dikenakan adalah RM40 sekilogram, menjadikan jumlah keseluruhan mencecah RM6,000.

Shaik; Zairul dan Syamsir ketika diwawancara Suara Sarawak semalam

“Lebih mendebarkan, ketika itu jam sudah 6.30 petang sedangkan pesawat dijadual berlepas pada pukul 7 malam. Masa sangat suntuk dan kami hampir terlepas penerbangan. Sikit sahaja lagi,” katanya kepada Suara Sarawak semalam.

Tambah beliau lagi, paling menarik, ada kejutan kecil di sebalik dress code hitam dan putih malam konsert.

Menurut Paan, penganjur merangkap ‘otak’ tema malam tersebut,

“Bukan saja nampak eksklusif, tapi mudah nak cam siapa yang masih single,” katanya berseloroh.

Sesuatu yang membuat konsert kali ini benar-benar istimewa adalah keunikan Acara Pembudayaan Setempat yang bakal berlangsung selama tiga hari berturut-turut menjadikan Kuching sebagai titik permulaan kepada legasi baharu—konsert bukan sekadar hiburan, tapi lambang cinta terhadap tanah Borneo. 

Bukan itu saja, lebih 3,000 tiket sudah pun ‘lesap’ dalam genggaman peminat setia, dan permintaan terus mencanak, walaupun konsert hanya berlangsung pada hujung minggu ini.

Menurut Pengurus Acara Coms. CreativeStudio, Zairul Addry, setiap hari telefon bimbitnya ‘dibanjiri’ mesej orang awam yang tak putus-putus bertanya tentang tiket tambahan.

“Sampai saya takut nak buka WhatsApp,” katanya berseloroh.

Tambah beliau, tiga hari penuh dengan aktiviti keluarga, makanan tradisi, tarian kebudayaan dan peluang untuk peniaga lokal menonjolkan warisan mereka bermula 25 hingga 27 April 2025.

Semua ini bukan sekadar festival, tapi ‘pilot project’ untuk masa depan apabila muzik dan budaya bersatu di bawah satu langit, katanya.

“Namun, bukan Nidji sahaja yang bakal menggoncang pentas. Band-band tempatan seperti Populous, Zamiro dan juga projek khas iaitu The Beretta’s dijangka memberi warna berbeza sesuai dengan tema pelangi itu sendiri.

“Malah, ada lagu eksklusif bakal dilancarkan secara live khas sempena acara tersebut. Rare? Memang rare khas untuk orang Sarawak,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Bersama, Syamsir Rizal berkata, pentas berlangsungnya konsert yang bakal memberikan pengalaman baharu kepada peminat ini akan diadakan di Stadium Tertutup Kuching .

Beliau berkata, ia dipilih bagi memastikan pengalaman yang lebih ‘intim’, eksklusif dan bertaraf antarabangsa.

“Kalau di Miri dulu berlangsung di padang golf berbumbung, di Kuching semuanya lebih tersusun…ini bukan sekadar konsert. Ini adalah satu pengalaman yang kita bawa khas untuk rakyat Sarawak, dari rakyat kepada rakyat,” ujarnya.

Zairul menambah, pihaknya menyediakan kaunter khas bagi pelajar berusia 12 tahun ke atas yang ingin mendapatkan tiket konsert pada harga diskaun.

Menurut Zairul, pelajar hanya perlu membawa pas pelajar untuk membeli tiket pada harga istimewa di kaunter yang dibuka mulai Jumaat, jam 12 tengah hari.

“Harga diskaun ini memang paling berbaloi untuk pelajar dan tiket masih boleh dibeli secara dalam talian atau terus di stadium kelak,” katanya.

Bagi mereka yang mahu membeli tiket konsert, boleh melayari laman media sosial penganjur selain itu menerusi Facebook Sarawak Skills dan reruai yang disediakan di pusat beli-belah Plaza Merdeka.

KUCHING: Bukan calang-calang. Selepas menggamatkan Miri tahun lalu, kini giliran Kuching pula merasai kehangatan konsert Pelangi yang membawakan band legenda Indonesia, Nidji, terus ke jantung Borneo.

Namun di sebalik cahaya gemilang pentas dan sorakan ribuan peminat, terselit detik cemas buat pasukan produksi – barangan konsert seberat 113 kilogram hampir tidak berjaya dibawa masuk ke pesawat.

Menurut Eksekutif Projek, Shaik Farhann, pasukan mereka tiba lebih awal di lapangan terbang bagi proses daftar masuk, namun dikejutkan dengan jumlah berat barangan yang jauh melebihi had yang dibenarkan.

“Barang-barang seperti lanyard, t-shirt eksklusif dan pelbagai merchandise lain yang penting untuk kelancaran acara mencecah 113 kilogram,” katanya.

Tambahnya lagi, caj lebihan bagasi dikenakan sebanyak RM40 sekilogram, menjadikan jumlah keseluruhan mencecah RM6,000.

“Ketika itu jam sudah 6.30 petang, pesawat pula dijadualkan berlepas jam 7 malam. Kami hampir terlepas penerbangan. Cemas betul, sikit saja lagi,” jelasnya kepada Suara Sarawak.

Shaik turut berkongsi tentang kejutan kecil yang diselitkan dalam malam konsert, di sebalik tema pakaian hitam dan putih.

Menurut Paan, selaku penganjur merangkap ‘otak’ di sebalik tema malam tersebut:

“Bukan saja nampak eksklusif, tapi senang nak kenal siapa yang masih single,” katanya berseloroh.

Apa yang menjadikan konsert kali ini begitu istimewa adalah Acara Pembudayaan Setempat yang berlangsung selama tiga hari berturut-turut, menjadikan Kuching sebagai titik mula legasi baharu – konsert sebagai simbol cinta kepada bumi Borneo.

Lebih 3,000 tiket telah pun ‘lesap’ dalam genggaman peminat setia, dan permintaan terus melonjak meskipun konsert hanya akan berlangsung hujung minggu ini.

Menurut Pengurus Acara Coms. CreativeStudio, Zairul Addry, setiap hari telefon bimbitnya ‘dibanjiri’ mesej bertanyakan tiket tambahan.

“Sampai saya takut nak buka WhatsApp,” katanya dalam nada berseloroh.

Tambahnya, acara selama tiga hari ini padat dengan aktiviti keluarga, makanan tradisional, tarian kebudayaan dan peluang untuk peniaga tempatan mengetengahkan warisan masing-masing, bermula 25 hingga 27 April 2025.

“Ini bukan sekadar festival, tapi ‘pilot project’ ke arah masa depan di mana muzik dan budaya bersatu di bawah satu langit,” katanya.

Lebih menarik, bukan Nidji sahaja yang akan menggegarkan pentas. Band tempatan seperti Populous, Zamiro, serta projek khas bernama The Beretta’s dijangka membawa warna tersendiri sesuai dengan tema Pelangi.

“Malah, sebuah lagu eksklusif juga bakal dilancarkan secara live, khas sempena acara ini. Rare? Memang rare, eksklusif untuk orang Sarawak,” tambahnya.

Sementara itu, Pengarah Bersama Syamsir Rizal berkata, konsert akan berlangsung di Stadium Tertutup Kuching yang dipilih bagi memberikan pengalaman yang lebih eksklusif dan bertaraf antarabangsa.

“Kalau di Miri dulu kita buat di padang golf berbumbung, di Kuching pula semuanya lebih tersusun. Ini bukan sekadar konsert – ini adalah pengalaman yang kami bawa khas untuk rakyat Sarawak, dari rakyat untuk rakyat,” katanya.

Zairul turut mengumumkan penawaran harga istimewa untuk pelajar berusia 12 tahun ke atas, dengan hanya menunjukkan pas pelajar di kaunter khas yang akan dibuka Jumaat ini, mulai jam 12 tengah hari.

“Harga diskaun ini memang paling berbaloi dan tiket juga masih boleh dibeli secara dalam talian atau terus di stadium,” jelasnya.

Bagi yang ingin mendapatkan tiket, layari laman media sosial rasmi penganjur, atau dapatkannya menerusi Facebook Sarawak Skills serta reruai di Plaza Merdeka.

Shaik; Zairul dan Syamsir ketika diwawancara Suara Sarawak semalam

BERITA LAIN

ASEAN perlu perkukuh kesiapsiagaan ancaman biologi

MIRI: Latihan simulasi rentas sempadan ASEAN perlu merangkumi senario ancaman biologi di luar jangkaan bagi menguji kesiapsiagaan negara anggota serta keupayaan agensi berkaitan menyelaraskan tindakan

BERITA TERBARU