ARTIKEL

Gambar hiasan https://pixabay.com/

Australia dilanda bahang panas musim bunga

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SYDNEY: Sebahagian besar Australia pada Sabtu mencatat suhu panas yang jarang berlaku semasa musim bunga, menurut peramal cuaca negara itu, meramalkan bahawa suhu panas itu meningkat pada Ahad.

Lapor Reuters, di Sydney ibu kota negeri paling ramai penduduk di Australia, New South Wales, suhu mencecah 34.2 darjah Celsius di Lapangan Terbang Sydney Kingsford Smith lebih 12 darjah Celcius di atas purata bulan September, menurut data Biro Meteorologi.

Cuaca panas berlaku selepas agensi cuaca minggu ini mengatakan bahawa penunjuk kejadian cuaca El Nino menjadi bertambah kukuh dan ia berkemungkinan berkembang antara September dengan November, membawa bahang lebih panas dan kering ke Australia. Biro cuaca berkata tempoh awal cuaca panas di banyak bahagian negara adalah sangat luar biasa bagi September.

“Suhu ini meningkat dari Ahad hingga Selasa,” katanya di Facebook, dengan suhu 8 hingga 16 darjah Celsius melebihi suhu purata.

“Rekod suhu tinggi waktu siang dan malam pada September dijangka bermula pada Ahad hingga Khamis merentasi kawasan pedalaman Australia Selatan, New South Wales dan timur laut Victoria,” tambahnya.

Fenomena cuaca El Nino mencetuskan kejadian cuaca ekstrem dari kebakaran hutan hingga ke taufan dan kemarau berpanjangan, dengan pihak berkuasa Australia memberi amaran peningkatan risiko kebakaran belukar.

Sydney diselubungi jerebu asap tebal selama beberapa hari minggu ini apabila anggota bomba bersiap sedia menghadapi musim kebakaran belukar yang semakin hampir.

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Projek ART Kuching Jadi Rujukan

KUCHING: Projek Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching menjadi antara projek rujukan utama luar negara bagi China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) dalam usaha memperluas penggunaan