ARTIKEL

Awang Tengah (lima dari kanan) mengetuai delegasi Sarawak dalam misi pelaburan berprofil tinggi ke UK. | FOTO UKAS

Awang Tengah ketuai delegasi Sarawak ke UK untuk misi pelaburan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LONDON: Dalam usaha strategik untuk memacu pelaburan langsung asing (FDI), InvestSarawak berjaya menamatkan Misi Pelaburan berprofil tinggi ke United Kingdom (UK) dari 23 hingga 28 September, hari ini.

Delegasi yang diketuai oleh Timbalan Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, telah aktif berinteraksi dengan pelabur kewangan global utama dan syarikat antarabangsa bagi meletakkan Sarawak sebagai hab utama inovasi dalam tenaga boleh diperbaharui, semikonduktor, aeroangkasa dan pembuatan berteknologi tinggi, sejajar dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 Sarawak (PCDS) 2030.

Sarawak kini bukan sahaja menerajui Malaysia, malah juga peringkat serantau dalam bidang hidrogen, sektor rendah karbon dan pelbagai industri mampan lain yang sedang dibangunkan.

Sehubungan itu, Awang Tengah berkata misi ini membina momentum yang dihasilkan menerusi Sarawak Connects pada Mei lalu, sekali gus menunjukkan bahawa Sarawak bukan sekadar menarik pelaburan tetapi membina perkongsian strategik yang dapat mewujudkan pekerjaan bernilai tinggi untuk rakyat Sarawak.

“Ia juga penting dalam mengukuhkan kedudukan serantau kita sebagai hab neutral, inovatif dan berdaya saing di peringkat global, di Asia Tenggara,” kata beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan.

Delegasi berkenaan turut mengadakan siri pertemuan strategik dengan eksekutif kanan daripada syarikat multinasional (MNC) terkemuka hingga pelabur kewangan global, termasuk Technip Energies, Standard Chartered UK, Vemi Capital, Global Interconnection Group dan Aurrigo.

Pertemuan tersebut memberi tumpuan kepada pembentukan kerjasama khusus bersama pelabur yang portfolionya sejajar dengan keutamaan pembangunan Sarawak di bawah PCDS 2030.

Perbincangan juga menumpukan kepada peluang pelaburan dalam pembuatan kabel dasar laut voltan tinggi bagi menyokong inisiatif ASEAN Power Grid serta penubuhan industri pembuatan kenderaan autonomi di Sarawak.

Selain itu, delegasi turut meneroka potensi pelaburan dalam minyak dan gas mampan, teknologi tenaga baharu serta bahan api rendah karbon.

Sambutan daripada industri di UK sangat memberangsangkan dengan keyakinan tinggi bahawa dialog ini akan diterjemahkan kepada projek berimpak tinggi serta memberi manfaat bersama dalam memajukan matlamat pembangunan Sarawak dan aspirasi pelaburan global UK.

Sarawak turut mempamerkan keupayaan dalam tenaga boleh diperbaharui, ekosistem perindustrian yang kukuh, serta komitmen berterusan terhadap kelestarian yang diperkukuh dengan rangka kerja dasar yang jelas dan progresif.

Daya tarikan negeri ini turut diperkukuh dengan dasar pendidikan progresif yang menyediakan akses percuma kepada semua rakyat Sarawak dengan penekanan kuat terhadap Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bagi memastikan bakat masa depan bersedia untuk memenuhi keperluan industri.

BERITA LAIN

Satu Gol Ranap Impian KCFC

KUCHING: Hanya satu gol memisahkan Kuching City FC daripada memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 apabila skuad The Cats terpaksa berputih

BERITA TERBARU

Satu Gol Ranap Impian KCFC

KUCHING: Hanya satu gol memisahkan Kuching City FC daripada memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 apabila skuad The Cats terpaksa berputih