ARTIKEL

Awas penipuan tawaran kompaun saman melalui e-mel

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Sarawak tidak pernah mengemukakan sebarang notis saman dan juga penyelesaian saman melalui platform e-mel kepada orang ramai.

Justeru, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri mengingatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati dan tidak membuka sebarang e-mel yang diterima daripada orang yang tidak dikenali dan membuat pengesahan dengan pihak berwajib terlebih dahulu.

“Tindakan hebahan penafian turut dikongsi oleh pihak JSJK | Cyber Crime Alert PDRM dan CyberSecurity Malaysia berkaitan scam Saman PDRM,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui JSPT telah mengesan satu helah sindiket penipuan yang menghantar e-mel secara meluas kepada pemilik e-mel individu dengan mengguna pakai logo rasmi PDRM bagi memperdaya orang ramai.

Katanya e-mel tersebut memaparkan notifikasi bahawa pemilik e-mel memiliki saman di bawah kesalahan lalu lintas yang tertunggak dan perlu dijelaskan segera.

“Jika tidak, pemilik e-mel akan diambil tindakan undang-undang.

“Pemilik e-mel seterusnya diminta membayar sejumlah wang secara dalam talian atau melalui pautan yang disediakan,” katanya.

Sehubungan itu, Mohd Azman berkata orang ramai boleh menghubungi National Scam Response Center (NSCR) di talian 997 jika menjadi mangsa penipuan siber (phone scam, love scam, edagang, pinjaman tidak wujud dan sebagainya) dan sekiranya baharu sahaja membuat transaksi pemindahan wang ke mana-mana akaun bank atau e-dompet suspek.

Beliau menambah orang ramai turut disarankan untuk memuat turun aplikasi Whoscall melalui Google Play Store atau Apple Store untuk membantu membuat keputusan sama ada mahu menjawab panggilan telefon yang diterima atau sebaliknya.

Katanya kerjasama antara JSJK PDRM dengan pembangunan aplikasi Whoscall membolehkan nombor telefon yang tersenarai dalam pangkalan data system
semak mule JSJK akan ditandakan sebagai scammer oleh Whoscall.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU