ARTIKEL

Awasi kontraktor palsu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DARO: Penduduk di kawasan Dun Daro yang bakal menikmati bekalan elektrik melalui Skim Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) dinasihatkan melantik kontraktor bertauliah dalam senarai Sarawak Energy Berhad untuk melakukan kerja pendawaian di rumah mereka.

Adun Daro, Safiee Ahmad berkata, langkah itu bertujuan mengelak mereka daripada menjadi mangsa penipuan individu tidak bertanggungjawab yang menyamar sebagai kontraktor pendawaian elektrik.

Menurutnya, penduduk perlu mengambil langkah berhati-hati dengan meminta salinan lesen perniagaan jika dihampiri individu yang tidak dikenali.

“Penduduk juga perlu membuat pemeriksaan silang dengan pihak Sarawak Energy Berhad bagi memastikan individu atau syarikat berkenaan benar-benar disenarai sebagai kontraktor bertauliah.

“Langkah berhati-hati ini amat penting kerana sebarang kesilapan boleh mengundang pelbagai risiko, antaranya keselamatan dan kerugian wang ringgit,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri sesi dialog Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar di Rumah Mohamad Din di Batang Lassa baru-baru ini.

Sehubungan itu beliau menjelaskan, Kerajaan Negeri turut menyediakan Skim Bantuan Pendawaian (AWS) dan pemohon hanya perlu membayar ansuran selama 36 bulan menerusi bil elektrik.

Melalui skim berkenan katanya, pemohon diberi pilihan dan boleh memilih bantuan berjumlah maksimum RM1,200 atau RM800.

“Bagi skim ini, rumah pemohon akan dipasang dengan konfigurasi lima poin lampu dan empat soket suis atau tiga poin lampu dan dua soket suis.

Turut dipasang adalah kotak agihan dan konduit pendawaian. “Pengesahan pihak kontraktor bertauliah sangat penting bagi membolehkan pemasangan meter Sesco.

“Ini yang saya risau, ada pihak tidak bertanggungjawab mendakwa mereka boleh melakukan pendawaian dalaman dan sebagainya, tetapi sebenarnya tidak bertauliah atau diberi lesen oleh pihak Sesco bagi melaksanakan tugas itu,” ujarnya.

BERITA LAIN

Perkhidmatan feri Batang Paloh ditamatkan

DARO: Pembukaan Jambatan Batang Paloh sepanjang 1.7 kilometer hari ini menamatkan perkhidmatan feri di kawasan berkenaan yang telah beroperasi sejak 2009. Ahli Parlimen Igan, Ahmad

Sarawak sasar kemudahan Sukan SEA siap lebih awal

KUCHING: Semua kerja menaik taraf kemudahan bagi penganjuran Sukan SEA 2027 di Sarawak perlu disiapkan selewat-lewatnya Jun tahun depan bagi membolehkan ujian operasi dijalankan sebelum

BERITA TERBARU