ARTIKEL

Awisar berperanan penting dalam menyokong sektor pengangkutan Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Institut Automotif dan Kimpalan Sarawak (Awisar) memainkan peranan penting dalam menyokong sektor pengangkutan Sarawak terutama pembangunan tenaga kerja mahir menyelenggara Kenderaan Elektrik Hibrid (HEV) dan Kenderaan Elektrik (EV).

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin berkata, Awisar sebagai hab latihan automotif diyakini dapat melahirkan tenaga mahir yang diperlukan Sarawak termasuk dalam menyokong Sistem Transit Aliran Autonomi (ART).

“Awisar mempunyai peranan penting dalam menyokong sektor pengangkutan Sarawak dalam memudahkan pembangunan tenaga kerja mahir khususnya melibatkan penyelenggaraan HEV dan EV.

“Saya juga teruja apabila Awisar dan Sarawak Metro Sdn. Bhd. meneroka inisiatif pembangunan bakat bersama-sama untuk menyokong ART dan aplikasi teknologi berkaitan hidrogen.

“Ini memudahkan pemindahan pengetahuan dan kemahiran baharu,” katanya dalam kenyataan selepas mengetuai delegasi ke Awisar di Kawasan Perindustrian Demak Laut, semalam.

Adun Senadin itu turut memuji Institusi Pembelajaran Kumpulan Sarawak Skills atas usaha berterusan mendekati tenaga kerja melalui program Pengiktirafan Pembelajaran Pengalaman Terdahulu (RPEL).

Ini tegasnya, membolehkan mereka yang mempunyai pengalaman bertahun-tahun berkaitan industri memperoleh kelayakan rasmi.

Sementara, Pengarah Eksekutif Institusi Pembelajaran Kumpulan Sarawak Skills Hallman Sabri, yang juga Pengerusi Pusat Pembangunan Kemahiran Malaysia (FMSDC) menyatakan, pelbagai sektor industri telah memainkan peranan utama dalam mengurus dan menentukan hala tuju Sarawak Skills melalui wakilnya dalam Majlis Pengurusan Kemahiran Sarawak.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Urus tanah gambut secara menyeluruh

KUCHING: Sarawak perlu memperkukuh pengurusan tanah gambut secara menyeluruh bagi mencegah kebakaran dan mengurangkan risiko jerebu, terutama menerusi strategi berasaskan sains dan perancangan jangka panjang.