ARTIKEL

JUARA… Pasukan Ayash United muncul juara Raja Futsal Belaga 2026.

Ayash United muncul juara Raja Futsal Belaga 2026

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Pasukan Ayash United mencipta sejarah tersendiri dalam saingan Raja Futsal Belaga 2026.

Skuad yang semakin digeruni itu berjaya dinobatkan sebagai juara edisi kali ini.

Sekali gus, mereka membawa pulang wang tunai RM2,500, piala dan pingat.

Tempat kedua menjadi milik pasukan Mozo Sport yang turut membawa pulang wang tunai RM1,000, piala dan pingat.

Manakala, pasukan Sesuka FT dan Naga Asmara FT yang tewas di peringkat separuh akhir masing-masing menerima wang tunai RM500, piala dan pingat selaku pemenang tempat ketiga bersama.

Dalam pada itu, empat lagi pasukan yang kandas di peringkat suku akhir, iaitu Ayoo Jima FT, Mene Apex, LA FT dan Five City, masing-masing menerima wang tunai RM100 dan piala.

Muhammad Fahmi Aimanuddin Taip (Ayash United) dipilih sebagai pemain terbaik, manakala Muhammad Izzat Abdullah (Mozo Sport) dipilih sebagai penjaga gol terbaik.

Mohd. Morizad Morni (Ayash United) pula muncul selaku penjaring terbanyak.

Kesemua pemain terbabit menerima wang tunai RM50 dan pingat.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Presiden Kelab Belia Bersinar Kampung Data Kakus (KBBER), David Jeffry Jalan.

Kejohanan terbabit berlangsung selama dua hari, iaitu pada 20 dan 21 Jun, di Stadium Muhibbah, Bintulu.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU