ARTIKEL

AZIZ HARUN teruja sambutan peminat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Persembahan di pentas terbuka Tebingan Kuching menjadi antara pengalaman paling bermakna buat penyanyi kelahiran Brunei Darussalam, Aziz Harun, apabila berpeluang beraksi di hadapan ribuan peminat menerusi festival muzik Manggung di Muara, Sabtu lalu.

Aziz berkata, persembahan itu merupakan antara yang terbaik sepanjang pelibatannya dalam industri muzik di Sarawak, apatah lagi dengan sambutan meriah penonton yang memenuhi kawasan Tebingan Sungai Kuching.

“Ini antara persembahan terbaik yang pernah saya lakukan di Sarawak. Saya jarang datang ke Sarawak tetapi Alhamdulillah berpeluang membuat persembahan di sebelah Tebingan Sungai Kuching dengan kehadiran penonton yang sangat meriah.

“Terima kasih kepada Manggung di Muara kerana menjemput dan ini adalah satu pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan,” katanya.

Tambahnya, penganjuran festival seumpama itu membuka ruang kepada lebih banyak acara muzik berskala besar di Kuching dan kawasan lain di Borneo, termasuk Miri serta Brunei.

“Saya berharap platform ini dapat diteruskan bagi memberi peluang kepada artis dari Malaysia, Indonesia dan Brunei untuk berkongsi pentas, selain mengeratkan hubungan dalam kalangan penggiat seni serta peminat muzik serantau,” jelasnya.

Menariknya, Manggung di Muara menghimpunkan barisan artis dari dalam dan luar negara, termasuk Aisha Retno dari Malaysia serta Ari Lesmana dan Nadhif Basalamah dari Indonesia, di samping penggiat muzik tempatan Sarawak.

Sementara itu, penyanyi Sasha Ningkan berkata, sambutan penonton dan pengurusan acara yang profesional merupakan antara faktor yang menjadikan pelibatannya dalam festival itu satu pengalaman positif.

“Saya sudah lama tidak berpeluang membuat persembahan di Kuching, jadi saya ingin merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur atas jemputan untuk kembali beraksi di hadapan peminat tempatan,” katanya.

Dalam pada itu, Sasha turut berkongsi perkembangan kumpulannya, Cameo, yang baru-baru ini melancarkan album serta menjalani sesi rakaman untuk platform muzik KEXP di Bali yang disiarkan menerusi YouTube.

Seorang lagi penggiat muzik tempatan, Adruce Azman, pula menyifatkan Manggung di Muara sebagai acara istimewa yang menawarkan pengalaman berbeza daripada persembahan biasa.

“Saya menghargai sokongan penonton sepanjang festival berlangsung dan berharap lebih banyak acara seumpama ini dianjurkan.

“Ia dapat membantu menyediakan ruang kepada penggiat muzik tempatan untuk terus berkarya serta memperkenalkan bakat mereka kepada khalayak.

“Selain itu, kumpulan saya telah melancarkan projek orkestra bersama Sinar Univers dan kini sedang merancang untuk menghasilkan album penuh,” tambahnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Daripada latihan kepada pembinaan kompetensi

Apabila pengurus lepas tangan Satu lagi kelemahan kebanyakan organisasi ialah kecenderungan mereka menganggap bahawa keperluan latihan merupakan tanggungjawab HR semata-mata. Sebenarnya, tanggungjawab itu bukan terletak

Di sebalik sembilan ketul ayam goreng

“Bah, mapun paser telou. Bak keman gak KFC” (Jom, kita pergi pasar. Nak makan di KFC). Itulah antara ayat yang paling kami nantikan daripada ibu