ARTIKEL

Badan khas fokus pelihara aset warisan Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak perlu mempunyai sebuah badan khas yang mampu memberi fokus dalam menjaga dan memelihara aset warisan negeri.

ADUN N.45 Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii berkata, kewujudan badan itu penting bagi memastikan warisan sedia ada kekal terpelihara bagi tatapan generasi pada masa depan.

Menurutnya, Sarawak sudah mempunyai Ordinan Antik1954 yang kemudiannya dipinda pada tahun 1963 bagi tujuan penyelarasan dengan peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia.

“Negeri kita kemudiannya memperkenalkan Ordinan Warisan Budaya Sarawak 1993 untuk mengukuhkan usaha dalam melindungi sumber warisan budaya tempatan dan digunakan hampir tiga dekad,” katanya dalam perbahasan Rang Undang-Udang Warisan Sarawak 2019.

Beliau berkata, kekurangan dan kekaburan tentang perkara berkaitan dengan antaranya, definisi warisan, bidang kuasa dan peningkatan aktiviti pemburuan antiquiti di Sarawak membawa kepada penggubalan rang undang-undang baru, Sarawak Heritage Bill 2019.

Ujarnya, rang undang-undang baharu itu membawa signifikan dalam usaha memelihara, melindungi dan memulihara warisan Sarawak.

Katanya, penggubalan rang undang-undang itu mempunyai signifikasi yang besar dalam menjamin warisan Sarawak agar tidak musnah atau hilang akibat pelbagai bentuk aktiviti manusia secara sah atau sebaliknya.

“Penguasaan itu memperbaiki dan memperkasakan aspek pelaksanaan dan penguatkuasaan antara kerajaan Sarawak dengan kerajaan Persekutuan mengenai warisan Sarawak.

“Kewujudan Majlis Warisan Sarawak mempergiatkan lagi usaha untuk melindungi warisan Sarawak yang amat bernilai. Pelanggaran kesalahan di bawah akta ini, jika disabit kesalahan akan dipenjara tidak melebihi lima tahun atau denda tidak melebihi RM 50,000 atau kedua-duanya,” jelasnya

BERITA LAIN

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk

BERITA TERBARU

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk

Polis Sahkan Pegawai Kastam Maut Dipercayai Dibunuh Suami

NILAI: Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditemukan maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi.