ARTIKEL

Badan korporat sumbang Food Bank siswa di Bintulu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Permata Maritime Training Centre Bintulu tidak ketinggalan menunaikan tanggungjawab sosial korporatnya dengan menyokong program Food Bank Siswa Kelab Kebajikan Staf Jabatan Sains, Teknologi dan kejuruteraan (KASTEK) Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu(UPMKB).

Sebagai tanda sokongan, syarikat terbabit melalui pengarah urusannya, Kapten Mohd Haji Yunos telah berbesar hati menghulurkan sumbangan kewangan bagi menjayakan program Food Bank Siswa kelab berkenaan.

Simbolik penyerahan sumbangan disampaikan kepada pengerusi KASTEK UPMKB, Dr. Sivarsangar dengan disaksikan Aisah Kawi bertempat di Wisma Mohd Yunos, di sini.

Mohd berharap sumbangan tersebut sedikit sebanyak dapat membantu siswa kurang berkemampuan di universiti terbabit.

Program Food Bank Siswa KASTEK UPMKB bertujuan untuk menyalurkan bantuan lebihan makanan kepada penuntut yang memerlukan.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU