ARTIKEL

AKAN BERLANGSUNG…Poster pertandingan.

Badang Pesta Telaga Air kembali bulan depan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Peminat sukan lasak diseru untuk menyertai Badang Pesta Telaga Air 2026.

Acara tersebut dijadual berlangsung pada 4 hingga 5 Jun depan di Tebingan Telaga Air, Kuching.

Dua kategori dipertandingkan iaitu lelaki terbuka dan wanita terbuka yang menawarkan hadiah wang tunai lumayan.

Juara kategori lelaki terbuka akan menerima wang tunai RM2,000 berserta piala. Naib juara dan tempat ketiga pula akan menerima wang tunai RM1,500 dan RM800 berserta piala.

Tempat keempat dan kelima pula akan menerima wang tunai RM500 dan RM200.
Dalam pada itu, juara, naib juara dan tempat ketiga kategori wanita terbuka akan menerima wang tunai RM1,000, RM800 dan RM500 berserta piala.

Manakala, wang tunai RM200 dan RM100 disediakan untuk pemenang tempat keempat dan kelima.

Pendaftaran boleh dibuat dengan menghubungi ASP Ricky Poh di talian 013-9228262, George di talian 013-8135918 dan Amin di talian 011-21864881.

Yuran pendaftaran ditetapkan sebanyak RM70 bagi kategori lelaki dan RM50 bagi kategori wanita.

Syarat penyertaan ialah individu berumur 15 tahun ke atas, sihat tubuh badan serta tidak mengalami masalah kesihatan kronik.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU