ARTIKEL

institut pendidikan tinggi, Sri Aman, Ray Cho Seng, Kawasan Rukun Tetangga, Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor
Tay Cho Seng

Bahagian Sri Aman wajar miliki institusi pengajian tinggi baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SRI AMAN: Bahagian Sri Aman sebagai bahagian kedua terbesar di Sarawak wajar memiliki institusi pengajian tinggi (IPT) baharu.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bandar Simangggang, Tay Cho Seng, berkata penubuhan sebuah lagi IPT di Sri Aman akan membantu memenuhi keperluan pendidikan penduduk tempatan pada tahap yang lebih tinggi.

“Ketika ini, Sarawak Skills yang sedia ada lebih tertumpu kepada penyediaan latihan kemahiran teknikal.

“Walaupun ia telah berjaya melahirkan ramai tenaga kerja teknikal berkualiti untuk syarikat tempatan, tetapi penubuhan sebuah lagi IPT akan meluaskan lagi tawaran akademik kepada pelbagai bidang pengajian dan profesional.

“Oleh itu, IPT itu nanti berpotensi menawarkan pendidikan peringkat ijazah sarjana muda dan ke atas.

“Langkah ini bukan sahaja dapat memenuhi keperluan pendidikan secara lebih menyeluruh tetapi juga menarik lebih ramai pelajar dan tenaga pengajar ke Sri Aman.

“Di samping itu, hal ini sekali gus dapat membantu meningkatkan taraf pendidikan di kawasan Sri Aman ini nanti,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, beliau berkata bahawa penubuhan IPT di Sri Aman juga akan membuka peluang pekerjaan baharu dan menyumbang kepada pembangunan infrastruktur bandar, termasuk pengangkutan, penginapan dan perkhidmatan komersial.

Jelasnya, terdapat banyak contoh yang membuktikan keberkesanan langkah ini, seperti pembangunan Cyberjaya yang pesat setelah penubuhan Universiti Multimedia (MMU) yang berjaya merancakkan ekonomi dan pembangunan kawasan tersebut.

Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor, mengemukakan cadangan agar sebuah IPT ditubuhkan di Bahagian Sri Aman yang juga menawarkan kursus tanaman padi.

Cadangan itu dikemukakan kerana bahagian tersebut mempunyai banyak potensi untuk diterokai, terutamanya dengan pelaksanaan projek jelapang padi oleh Kerajaan Sarawak.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan