ARTIKEL

Datuk Seri Nancy Shukri

Bahan Luc*h Anak Tiri: Nancy Shukri Desak Hukuman Lebih Berat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Hukuman lebih berat perlu dikenakan terhadap seorang lelaki berusia 56 tahun yang hanya didenda RM6,000 kerana merakam dan memiliki bahan lucah anak tirinya.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri, menyifatkan hukuman itu sebagai terlalu ringan dan tidak setimpal dengan perbuatan jijik lelaki terbabit.

“Beliau sepatutnya menjadi pelindung kepada keluarganya.

“Saya berharap pihak berkuasa dapat menggunakan ruang yang ada untuk merayu terhadap keputusan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, hukuman lebih berat perlu dikenakan bagi memberi pengajaran kepada masyarakat bahawa eksploitasi dan gangguan seksual terhadap kanak-kanak tidak boleh diterima dalam apa jua keadaan.

Kenyataan itu turut menjelaskan bahawa kesalahan lelaki tersebut tertakluk di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda sehingga RM10,000, atau kedua-duanya sekali.

Nancy menegaskan bahawa hukuman yang lebih tegas bukan sahaja membawa keadilan kepada mangsa, tetapi juga berfungsi sebagai peringatan bahawa perlakuan seumpama itu tidak boleh dibiarkan.

BERITA LAIN

Polis Sahkan Pegawai Kastam Maut Dipercayai Dibunuh Suami

NILAI: Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditemukan maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi.  

BERITA TERBARU

Polis Sahkan Pegawai Kastam Maut Dipercayai Dibunuh Suami

NILAI: Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditemukan maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi.