ARTIKEL

Bahasa Melayu era digital

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Malaysia, DR. HAZAMI JAHARI

BAHASA Melayu harus dimartabatkan penggunaannya dengan memupuk rasa cinta dan bangga dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

Ia selaras falsafah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk pembinaan negara bangsa melalui bahasa Melayu dan visi menjadikan bahasa tersebut sebagai salah satu bahasa utama dunia.

Masyarakat memainkan peranan membakukan ejaan, sebutan dan istilah bahasa Melayu agar tidak terlalu bercampur dengan bahasa asing sehingga wujud terlalu banyak bahasa slanga atau campuran.

Selain itu, dunia tanpa sempadan menjadi cabaran penggunaan bahasa Melayu dalam aktiviti seharian.

Adakah kepantasan dunia digital menenggelamkan keperluan bahasa Melayu dan menjadi cabaran badan berautoriti memartabatkan bahasa Melayu?

Ikuti temu bual eksklusif Subeditor Suara Sarawak AFIEZUL SAMIT bersama-sama Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Malaysia, DR. HAZAMI JAHARI bagi mengupas isu bahasa Melayu era digital.

SUARA SARAWAK: Memandangkan aspirasi Kerajaan Sarawak menjadi negeri maju dipacu teknologi digital menjelang 2030, apakah inisiatif DBP untuk menyahut aspirasi pendigitalan tersebut?

DR HAZAMI: Walaupun pelan pendigitalan DBP tidak dirangka sehingga kini, tetapi aktiviti pendigitalan telah pun dilaksanakan.

Sebagai contoh, peringkat awal kita sudah ada Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM).

Pengguna boleh merujuk laman sesawang tersebut untuk bertanya apa-apa jua masalah berkaitan bahasa atau istilah bahasa Melayu.

Inisiatif kedua, buku-buku DBP tidak hanya diterbitkan secara konvensional, tetapi juga dalam bentuk digital.

Bahkan kamus terbaharu — Kamus Perdana memang sudah banyak permintaan untuk diterbitkan dalam bentuk digital.

Namun, kita masih mempertimbangkan kaedah dan hak cipta dan kemungkinan dari segi keselamatan hak cipta.

Dalam konteks digital Kerajaan Negeri, sistem perpustakaan kita sudah didigitalkan.

Mungkin kita boleh bekerjasama dengan Pustaka Negeri Sarawak atau mana-mana pihak yang boleh akses bahan Pusat Dokumentasi Melayu DBP.

Kita ada manuskrip, buku nadir yang boleh digunakan secara maya.

Ini antara inisiatif supaya orang awam boleh akses pinjaman dan penggunaan secara maya.

Laman sesawang dan aplikasi Jendela DBP merupakan satu pembaharuan yang kita lakukan untuk menyebar maklumat secara dalan talian dan terkini.

Inisiatif ini membolehkan kita menyampaikan infomasi pada bila-bila masa.

Setelah dilantik sebagai Ketua Pengarah DBP Malaysia berkuat kuasa 18 Januari lalu, apa tindakan pertama untuk DBP dari segi perancangan jangka masa pendek dan jangka masa panjang, khususnya untuk DBP Sarawak?

Perkara pertama saya lakukan sebagai Ketua Pengarah DBP Malaysia ialah mengadakan kunjungan hormat kepada pihak berkepentingan.

Misalnya, saya menyertai Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk menyatakan pandangan dan keperluan tertentu berkaitan bahasa Melayu.

Abang Johari memberi pandangan balas yang sangat positif tentang pelaksanaan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan untuk kegiatan kesenian kebangsaan.

Beliau juga memberi cadangan untuk memperkasakan perpaduan melalui bahasa kebangsaan itu.

Jadi itulah antara strategi jangka masa pendek saya lakukan iaitu membuat kunjungan hormat kepada pihak berkepentingan yang mempunyai pengaruh dalam penentuan dasar.

Di samping pengukuhan dalaman dirancang untuk dilakukan di peringkat organisasi secara satu per satu, saya akan lihat semula setiap perkara untuk ditambah baik.

Tetapi secara umumnya untuk jangka masa panjang pula ialah menyediakan pelan pelaksanaan program yang komprehensif.

Ini melibatkan pelan pelaksanaan program, pelan pendigitalan DBP, pelan pengkomersialan DBP, pelan pembangunan sumber manusia dan pelan latihan.

Kita juga mahu meningkatkan kerjasama DBP dengan pelbagai pihak untuk membantu DBP menggerakkan kegiatan bahasa.

Kita tidak boleh bekerja sendiri, kita harus bekerjasama dengan rakan kongsi untuk menggerakkan bahasa kebangsaan dari segi aktiviti dan program berkaitan bahasa Melayu.

Dr. menjelaskan pandangan dan keperluan tertentu berkaitan bahasa Melayu untuk perancangan jangka masa pendek. Boleh Dr. kongsikan antara program yang dirancang untuk tujuan tersebut?

Antara program yang akan datang secara keseluruhannya, pertama kita memastikan semua negeri ada anugerah sasteranya sendiri. Seterusnya, kita ada perancangan tokoh Anugerah Sastera Negara yang telah lama dilaksanakan pada 1981.

Kita ada 15 sasterawan negara kalau tidak silap. Pihak DBP merancang untuk mengadakan Tokoh Bahasa Negara sebagai pengiktirafan baharu.

Kalau sastera ada sasterawannya, sepatutnya bahasa ada tokoh bahasa. Jadi itu antara perkara penting untuk kita lakukan sebagai menghargai penulis.

Saya juga mengadakan siri libat urus dengan semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ada kaitan dengan bahasa, sastera dan penerbitan untuk menerangkan kaedah kerjasama baharu DBP.

Hal ini penting untuk keterlibatan mereka dengan DBP.

Apa pandangan Dr. tentang DBP Sarawak?

Saya dibesarkan oleh DBP Cawangan Sarawak bermula pada 1992 hingga 2018 — lebih kurang 25 tahun perkhidmatan.

Pada pandangan saya, DBP Sarawak memainkan peranan sangat besar dalam konteks memartabatkan bahasa kebangsaan khususnya dalam kalangan kakitangan kerajaan.

Seperti kita maklum bahawa pada awal dahulu di Jabatan Ketua Menteri (Pejabat Premier Sarawak) ada Unit Bahasa Malaysia yang berperanan untuk memastikan kalangan penjawat awam negeri ataupun pentadbir boleh berbahasa kebangsaan dengan baik.

Ketika itu, unit tersebut bekerjasama rapat dengan DBP Sarawak melaksanakan tugas sehingga tempoh tertentu. Maka peranan itu dibuat sepenuhnya oleh pihak DBP.

Jadi sebab itulah DBP Sarawak sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Residen, Pejabat Daerah dan Setiausaha Kerajaan Negeri untuk memastikan penggunaan bahasa kebangsaan di Sarawak khususnya dalam kalangan pentadbir Kerajaan Negeri dapat dimantapkan.

Fungsi ini masih diteruskan sehingga sekarang walaupun kita berdepan dengan pelbagai cabaran baharu.

Pendedahan media sosial memaksa kita mahir berbahasa Inggeris untuk keperluan tertentu. Malah, terdapat dasar “memartabatkan bahasa Melayu, memperkasa bahasa Inggeris.” Apakah kepentingan memartabatkan bahasa Melayu khususnya kepada generasi muda?

Kalau kita lihat dasar itu sudah jelas memartabatkan bahasa Melayu dan memperkasakan bahasa Inggeris.

Maknanya, kerajaan menetapkan bahawa bahasa Melayu tetap menjadi keutamaan.

Tetapi kita perlu generasi baharu mampu menguasai pelbagai bahasa, bukan hanya tertumpu kepada bahasa Inggeris sahaja sebenarnya mengikut prinsip.

Sebab dalam konteks keperluan ilmu, Premier Sarawak berkata, dasar penggunaan ialah dasar bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan sebagainya.

Katanya, dalam situasi tertentu, kita perlu menggunakan bahasa Inggeris untuk berhubung dengan pihak luar termasuk dalam kaedah ekonomi digital.

Dalam perhubungan perdagangan luar negara, kita harus berbahasa Inggeris.

Tetapi urusan dalam negara yang tidak ada keperluan untuk kita berbahasa Inggeris, kenapa kita perlu berurusan dalam bahasa Inggeris?

Takkanlah ada 10 orang Melayu bermesyuarat kita bertutur yes no, yes no.

Bagi saya, bukan soal dasar yang kerajaan tentukan, tetapi sikap kita sendiri.

Kalau kita rakyat bertanggungjawab, ada jati diri tinggi dan semangat nasionalisme, kita tidak gunakan bahasa orang lain untuk percakapan seharian.

Tetapi soalnya ialah, sekiranya kita ada satu sikap apabila dapat bercakap dalam bahasa Inggeris dengan baik, kita ialah “orang lain.”

Jadi sebenarnya, tanggungjawab memartabatkan bahasa kebangsaan bukan semata-mata atas dasar kerajaan tetapkan, tetapi tanggungjawab individu yang mengaku dirinya sebagai warganegara Malaysia, apatah lagi kita orang Melayu sepatutnya mengangkat bahasa kita.

Sebagai produk DBP Sarawak dan menjadi orang Sarawak kedua memikul tanggungjawab sebagai Ketua Pengarah DBP Malaysia, boleh Dr Hazami kongsikan serba sedikit tip kejayaan.

Sekiranya kita memegang sesuatu (kerja), mestilah dilakukan dengan bersungguhsungguh.

Pastikan kita minat pekerjaan kita itu.

Bagi saya, kalau sesuatu yang kita pegang tidak dengan sungguh-sungguh dan minat, ia tidak mampu sampai ke hujung.

Ketika saya bekerja di DBP ini, saya minat walaupun aliran saya ialah aliran agama.

Ramai dalam kalangan kawan-kawan saya katakan: “Ketua Pengarah sepatutnya jadi ustaz.”

Tetapi oleh sebab minat, ia menjadikan kita konsisten dan cekal untuk melaksanakan tugas diamanahkan.

Kita tidak kisah meninggalkan keluarga dan saudara.

Saya dan rakan melakukan bengkel sampai ke kawasan pedalaman. Walaupun kami pegawai, kami tidak kisah untuk angkat kotakkotak dari jeti untuk program.

Kerana minat dan seronok berkomunikasi dengan masyarakat penulis.

Bagi kami, inilah keseronokan. Seterusnya, kita hendaklah ada hala tuju yang jelas.

Kita kerja untuk apa sebenarnya? Untuk mendaulatkan bahasa.

Bahasa ini untuk apa sebenarnya? Untuk alat perpaduan dan memandaikan bangsa dengan minat kita. Kalau tidak ada tujuan yang jelas, kita tidak akan pergi ke mana-mana.

Secara umumnya rahsia kejayaan saya ialah minat, kesungguhan dan arah tuju jelas dalam apa-apa perkara tertentu.

Sebab itu saya mengambil pendekatan sekiranya dari segi sejarah, saya antara pegawai DBP yang paling lambat naik pangkat.

Bayangkan saya hanya naik pangkat selepas 19 tahun perkhidmatan.

Tetapi ini soal rezeki dan Tuhan nak uji kita.

Memang saya kecewa ketika itu.

Bahkan ada dalam kalangan rakan kita, tidak sampai lima tahun atau empat tahun sudah boleh pergi ke gred DG 44.

Tetapi pada zaman saya ada ujian Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).

Alhamdulillah saya pergi sambung belajar ditanggung sepenuhnya oleh DBP — peringkat sarjana dan doktor falsafah.

Sebab itu saya nak balas budi DBP, saya dibesarkan oleh bekas Ketua Pengarah Datuk A. Aziz Deraman. Dia kata: “Hazami, awak dah dapat, jangan keluar DBP.”

Alhamdulillah apabila orang tua bercakap, ada sebab.

Saya ikut dan akur walaupun menerima tawaran luar dari universiti, saya kata bahawa saya minat sangat dengan DBP dan saya dibesarkan oleh DBP.

Daripada saya tidak pandai menyanyi lagu puisi, dipaksa untuk pegang mikrofon konon menyanyi.

Minat keterlaluan tetapi nyanyinya ke laut sebenarnya.

Kita lakukan tanpa malu dan segan sebab kita minat.

Apabila saya dilantik menjadi Ketua Pengarah DBP Malaysia, timbul rasa kesyukuran kerana saya dapat mengekalkan nama kita Sarawak dan membuktikan bahawa produk Sarawak adalah antara terbaik dan kita telah buktikan.

Saya juga bangga kerana DBP Cawangan Sarawak antara peringkat dewan jabatan yang selalu mendapat pujian.

Bukan nak ambil kesempatan kenegerian, tetapi tanggungjawab kita sebagai orang Sarawak.

25 tahun perkhidmatan.

Pada pandangan saya, DBP Sarawak memainkan peranan sangat besar dalam konteks memartabatkan bahasa kebangsaan khususnya dalam kalangan kakitangan kerajaan.

Seperti kita maklum bahawa pada awal dahulu di Jabatan Ketua Menteri (Pejabat Premier Sarawak) ada Unit Bahasa Malaysia yang berperanan untuk memastikan kalangan penjawat awam negeri ataupun pentadbir boleh berbahasa kebangsaan dengan baik.

Ketika itu, unit tersebut bekerjasama rapat dengan DBP Sarawak melaksanakan tugas sehingga tempoh tertentu.

Maka peranan itu dibuat sepenuhnya oleh pihak DBP.

Jadi sebab itulah DBP Sarawak sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Residen, Pejabat Daerah dan Setiausaha Kerajaan Negeri untuk memastikan penggunaan bahasa kebangsaan di Sarawak khususnya dalam kalangan pentadbir Kerajaan Negeri dapat dimantapkan.

Fungsi ini masih diteruskan sehingga sekarang walaupun kita berdepan dengan pelbagai cabaran baharu.

Pendedahan media sosial memaksa kita mahir berbahasa Inggeris untuk keperluan tertentu. Malah, terdapat dasar “memartabatkan bahasa Melayu, memperkasa bahasa Inggeris.” Apakah kepentingan memartabatkan bahasa Melayu khususnya kepada generasi muda?

Kalau kita lihat dasar itu sudah jelas memartabatkan bahasa Melayu dan memperkasakan bahasa Inggeris.

Maknanya, kerajaan menetapkan bahawa bahasa Melayu tetap menjadi keutamaan.

Tetapi kita perlu generasi baharu mampu menguasai pelbagai bahasa, bukan hanya tertumpu kepada bahasa Inggeris sahaja sebenarnya mengikut prinsip.

Sebab dalam konteks keperluan ilmu, Premier Sarawak berkata, dasar penggunaan ialah dasar bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan sebagainya.

Katanya, dalam situasi tertentu, kita perlu menggunakan bahasa Inggeris untuk berhubung dengan pihak luar termasuk dalam kaedah ekonomi digital.

Dalam perhubungan perdagangan luar negara, kita harus berbahasa Inggeris.

Tetapi urusan dalam negara yang tidak ada keperluan untuk kita berbahasa Inggeris, kenapa kita perlu berurusan dalam bahasa Inggeris?

Takkanlah ada 10 orang Melayu bermesyuarat kita bertutur yes no, yes no.

Bagi saya, bukan soal dasar yang kerajaan tentukan, tetapi sikap kita sendiri. Kalau kita rakyat bertanggungjawab, ada jati diri tinggi dan semangat nasionalisme, kita tidak gunakan bahasa orang lain untuk percakapan seharian.

Tetapi soalnya ialah, sekiranya kita ada satu sikap apabila dapat bercakap dalam bahasa Inggeris dengan baik, kita ialah “orang lain.”

Jadi sebenarnya, tanggungjawab memartabatkan bahasa kebangsaan bukan semata-mata atas dasar kerajaan tetapkan, tetapi tanggungjawab individu yang mengaku dirinya sebagai warganegara Malaysia, apatah lagi kita orang Melayu sepatutnya mengangkat bahasa kita.

Sebagai produk DBP Sarawak dan menjadi orang Sarawak kedua memikul tanggungjawab sebagai Ketua Pengarah DBP Malaysia, boleh Dr Hazami kongsikan serba sedikit tip kejayaan.

Sekiranya kita memegang sesuatu (kerja), mestilah dilakukan dengan bersungguh-sungguh.

Pastikan kita minat pekerjaan kita itu. Bagi saya, kalau sesuatu yang kita pegang tidak dengan sungguh-sungguh dan minat, ia tidak mampu sampai ke hujung.

Ketika saya bekerja di DBP ini, saya minat walaupun aliran saya ialah aliran agama.

Ramai dalam kalangan kawan-kawan saya katakan: “Ketua Pengarah sepatutnya jadi ustaz.”

Tetapi oleh sebab minat, ia menjadikan kita konsisten dan cekal untuk melaksanakan tugas diamanahkan.

Kita tidak kisah meninggalkan keluarga dan saudara.

Saya dan rakan melakukan bengkel sampai ke kawasan pedalaman.

Walaupun kami pegawai, kami tidak kisah untuk angkat kotak-kotak dari jeti untuk program.

Kerana minat dan seronok berkomunikasi dengan masyarakat penulis.

Bagi kami, inilah keseronokan. Seterusnya, kita hendaklah ada hala tuju yang jelas.

Kita kerja untuk apa sebenarnya? Untuk mendaulatkan bahasa. Bahasa ini untuk apa sebenarnya? Untuk alat perpaduan dan memandaikan bangsa dengan minat kita.

Kalau tidak ada tujuan yang jelas, kita tidak akan pergi ke mana-mana. Secara umumnya rahsia kejayaan saya ialah minat, kesungguhan dan arah tuju jelas dalam apa-apa perkara tertentu.

Sebab itu saya mengambil pendekatan sekiranya dari segi sejarah, saya antara pegawai DBP yang paling lambat naik pangkat.

Bayangkan saya hanya naik pangkat selepas 19 tahun perkhidmatan.

Tetapi ini soal rezeki dan Tuhan nak uji kita. Memang saya kecewa ketika itu.

Bahkan ada dalam kalangan rakan kita, tidak sampai lima tahun atau empat tahun sudah boleh pergi ke gred DG 44. Tetapi pada zaman saya ada ujian Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).

Alhamdulillah saya pergi sambung belajar ditanggung sepenuhnya oleh DBP — peringkat sarjana dan doktor falsafah. Sebab itu saya nak balas budi DBP, saya dibesarkan oleh bekas Ketua Pengarah Datuk A. Aziz Deraman.

Dia kata: “Hazami, awak dah dapat, jangan keluar DBP.”

Alhamdulillah apabila orang tua bercakap, ada sebab.

Saya ikut dan akur walaupun menerima tawaran luar dari universiti, saya kata bahawa saya minat sangat dengan DBP dan saya dibesarkan oleh DBP.

Daripada saya tidak pandai menyanyi lagu puisi, dipaksa untuk pegang mikrofon konon menyanyi.

Minat keterlaluan tetapi nyanyinya ke laut sebenarnya.

Kita lakukan tanpa malu dan segan sebab kita minat. Apabila saya dilantik menjadi Ketua Pengarah DBP Malaysia, timbul rasa kesyukuran kerana saya dapat mengekalkan nama kita Sarawak dan membuktikan bahawa produk Sarawak adalah antara terbaik dan kita telah buktikan.

Saya juga bangga kerana DBP Cawangan Sarawak antara peringkat dewan jabatan yang selalu mendapat pujian.

Bukan nak ambil kesempatan kenegerian, tetapi tanggungjawab kita sebagai orang Sarawak.

BERITA LAIN

UiTM tiang harapan anak bangsa

SEBAGAI sebuah daripada institusi pendidikan tinggi utama di Borneo, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak memainkan peranan penting dalam membentuk landskap pendidikan dan pembangunan modal

Lahirkan ratusan ribu si cilik bertaraf dunia

KANAK-KANAK ibarat kain putih bersih, yang perlu dicorakkan dengan pelbagai adunan warna yang betul dan sesuai, agar mereka menjadi insan yang berguna suatu hari kelak.

BERITA TERBARU