ARTIKEL

RAKAM KENANGAN.... Pihak PMU merakam kenangan dalam majlis penyerahan tersebut.

Baik pulih tiang sukan di SMK Three Rivers siap

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Politeknik Mukah (PMU) mengadakan majlis penyerahan projek baik pulih tiang sukan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Three Rivers, di sini, kelmarin.

Menurut kenyataan PMU, projek ini melibatkan beberapa tiang sukan di sekolah berkenaan.

Antaranya tiang mini futsal, yang diperbaiki bagi menjamin keselamatan semasa aktiviti tersebut diadakan.

Seterusnya, tiang bola jaring yang dibaik pulih agar stabil dan selamat semasa digunakan oleh pelajar.

Bagi menyokong sukan tradisional di sekolah itu, pihak PMU turut membaiki tiang sepak takraw.

Bagi memudahkan latihan untuk pertandingan dan kemudahan sukan bola tampar, tiang tersebut turut dibaiki.

Dalam pada itu, kakitangan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak turut hadir memeriahkan majlis penyerahan projek tersebut.

Melalui projek ini, pihak NREB Sarawak menunjukkan kerjasama dalam usaha meningkatkan kemudahan pendidikan dan sukan.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU