ARTIKEL

Baiki jalan rosak demi keselamatan pengguna

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tindakan segera perlu diambil bagi membaiki jalan rosak di kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kanowit dan Kampung Muhibbah bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya.

ADUN Machan Allan Siden Gramong berkata, keadaan ini disebabkan aktiviti pembangunan yang sedang giat dijalankan di kawasan tersebut.

“Kerosakan jalan raya telah menyebabkan terjadinya kemalangan dan kerosakan pada kenderaan penduduk di sekitar Kanowit.

“Justeru itu, saya berharap pihak tertentu akan mengambil tindakan untuk membaiki jalan tersebut kerana tidak lama lagi Hari Gawai akan tiba dan kita tidak mahu berlaku sebarang kemalangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Perbahasan Usul Penghargaan Atas Ucapan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, di sini, semalam.

Pada masa sama, beliau turut menggesa kementerian berkenaan memberi perhatian serius terhadap isu jalan raya Penyulau Lukut dan Majau demi keselamatan pengguna jalan raya.

Allan turut membuat permohonan kepada Kerajaan Sarawak dan Persekutuan untuk menambah peruntukan bagi projek membina Jalan Menalun ke Sungai Poi.

Jelasnya, kos yang sedia ada untuk projek ini hanya mampu menampung projek Jambatan Menalun hingga ke Rumah Panjang Umau.

Kawasan yang terlibat adalah Rumah Linda, Nyaru, Sait, Balai, Tarang, Ghani dan Sekolah Rendah Ulu Poi.

BERITA LAIN

Penganjuran Samarahan Family Fun Run promosikan ART

KOTA SAMARAHAN: Dalam usaha mempromosikan Transit Aliran Automasi (ART), acara ‘Samarahan Family Fun Run 2024’ bakal dianjurkan bagi memberikan kesedaran kepada orang ramai menggunakan perkhidmatan

BERITA TERBARU

Penganjuran Samarahan Family Fun Run promosikan ART

KOTA SAMARAHAN: Dalam usaha mempromosikan Transit Aliran Automasi (ART), acara ‘Samarahan Family Fun Run 2024’ bakal dianjurkan bagi memberikan kesedaran kepada orang ramai menggunakan perkhidmatan