ARTIKEL

Ivan Alexander Ong.

MANDAT Sarawak menang lima kerusi Parlimen Belia Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: MANDAT Sarawak memenangi lima daripada 31 kerusi yang diperuntukkan kepada Sarawak dalam Pilihan Raya Parlimen Belia Malaysia (Borneo).

Ketua MANDAT Sarawak Ivan Alexander Ong berkata, pencapaian itu amat bermakna memandangkan pasukan berkenaan hanya menyertai parti itu menjelang hari penamaan calon, manakala MANDAT sendiri baru berusia lima bulan.

Ahli Parlimen Belia dari parti Mandat terdiri daripada Ivan Alexander Ong, Priscilla Grace Poul, Then Yick Han, Emma Anchong Chaong dan Edwin Gerunsin Laja.

Katanya, kejayaan memperoleh lima kerusi itu membanggakan pihaknya mengambil kira tempoh singkat untuk menyusun organisasi dan menggerakkan jentera bagi menghadapi pilihan raya berkenaan.

“Lima kerusi adalah satu kemenangan bagi kami.

Dengan mengambil kira keadaan dan masa yang terhad untuk mengatur gerak kerja, ini merupakan pencapaian yang amat kami banggakan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, MANDAT Sarawak bergerak secara bebas dengan identiti dan hala tuju politik tersendiri tanpa mempunyai hubungan atau dikawal mana-mana parti politik sebenar mahupun kepentingan politik pihak lain.

Menurutnya, penyertaan MANDAT Sarawak dalam pilihan raya itu bukan sekadar untuk bersaing dengan parti belia lain menerusi janji manifesto, sebaliknya bertujuan mencabar dasar kerajaan sedia ada, meneliti proses membuat keputusan dan menggesa perubahan yang bermakna.

“Tanggungjawab kami tidak berakhir dengan kemenangan kerusi.

Kami berhasrat menggunakan platform ini untuk mempersoalkan dasar, membangkitkan isu yang penting kepada golongan muda dan memastikan pihak berkuasa bertanggungjawab dengan keputusan mereka,” katanya.

Pada peringkat nasional, MANDAT memperoleh keseluruhan 24 kerusi dalam pilihan raya berkenaan.

Selain Ivan, empat lagi wakil MANDAT Sarawak yang terpilih ialah, Priscilla Grace Poul, Then Yick Han, Emma Anchong Chaong dan Edwin Gerunsin Laja.

BERITA LAIN

Sistem pegawai integriti Sarawak diiktiraf IACA

KUCHING: Sistem pegawai integriti yang dibangunkan Sarawak mendapat pengiktirafan Akademi Antirasuah Antarabangsa (IACA) kerana pendekatannya yang unik dan berpotensi dijadikan contoh kepada wilayah serta negara

BERITA TERBARU

Mayat lelaki hilang selepas bot terbalik ditemukan

TANJUNG MANIS: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas bot dinaikinya terbalik di perairan Kampung Hulu Paloh ditemukan meninggal dunia oleh penduduk kampung dalam operasi mencari