ARTIKEL

LUBANG...Keadaan jalan raya yang lubang.

Baiki segera jalan rosak di simpang kedai Sin Kim San

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak berkuasa digesa untuk segera membaik pulih jalan rosak berhampiran simpang kedai Sin Kim San.

Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim merangkap Ahli Parlimen Sarikei, Datuk Seri Huang Tiong Sii berkata, isu terbabit dilihat amat membahayakan pengguna Lebuhraya Pan Borneo (LPB) memandangkan jalan berlubang menyebabkan air bertakung.

Menurutnya, beliau menerima aduan daripada penduduk dan pengguna jalan raya berhubung perkara berkenaan.

“Isu ini amat bahaya terhadap pengguna jalan raya.

“Jadi, JKR dan LPB dicadangkan menjalankan kerja baik pulih secepat mungkin,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam perkembangan sama, hasil lawatan tinjauan wakil Huang Tiong ke lokasi hari ini bersama ketua masyarakat, wakil JKR, Jesicca Jimbau telah mencapai kata sepakat iaitu pihak JKR akan menjalankan penyelenggaraan secepat mungkin bagi mengelak berlakunya kemalangan.

LAWAT…Wakil, Datuk Seri Huang Tiong Sii melawat lokasi jalan yang dipercayai membahayakan pengguna jalan raya

BERITA LAIN

BERITA TERBARU