ARTIKEL

Gambar hiasan

Aaron-Roy King, Pang Ron-Pei Jing mara separuh akhir Terbuka Hylo

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SAARBRUCKEN: Beregu lelaki negara Aaron Tai-Yap Roy King serta beregu campuran profesional negara Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing layak ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Hylo 2026 di Jerman pada Jumaat.

Aaron-Roy King menumpaskan pilihan kelima dari Taiwan, Chiu Hsiang Chieh-Wang Chi-Lin, 21-16, 21-17 dalam tempoh 30 minit pada suku akhir di Saarlandhalle.

Pasangan yang tidak diletakkan sebagai pilihan itu seterusnya menunggu Christian Faust Kjaer-Rasmus Kjaer demi tiket ke final.

Menurut Bernama, pasangan Denmark tersebut mara selepas mengalahkan rakan senegara mereka, William Kryger Boe-Rasmus Espersen, 21-13, 21-11.

Dalam pada itu, Pang Ron-Pei Jing menyingkirkan pilihan ketujuh dari Hong Kong, Chan Yin Chak-Ng Tsz Yau, 21-17, 21-17, dan kini menanti pilihan kedua dari Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue.

BERITA LAIN

16 pasukan bertanding, Akademi SJN muncul juara

KUCHING: Akademi SJN dinobatkan sebagai juara Kejohanan Bola Sepak Belia Tertutup PETRONAS (PYFCT) 2026 kategori Bawah 12 Tahun (B-12) selepas menewaskan Akademi Nexus 2-1 pada

BERITA TERBARU

LCDA bina 1,410 rumah mampu milik di Sarawak

SPAOH: Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) dipertanggungjawabkan membina 1,410 unit rumah mampu milik di seluruh Sarawak dengan kos keseluruhan RM524.9 juta. Pengurus Besarnya, Datuk

3,050 kanak-kanak terima manfaat di 110 pusat SeDidik

KUCHING: Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) terus memperkukuh pembangunan awal kanak-kanak bagi memastikan mereka mendapat pendidikan berkualiti dan peluang