PAULA Verhoeven berasa sedih kerana baru sahaja mengalami keguguran. Baim Wong memutuskan membatalkan ibadah haji demi menemani isterinya itu.
Selepas membatalkan penerbangan, Baim Wong merakam detik ketika dia membuat panggilan video dengan Paula Verhoeven.
Isteri Baim Wong, Paula Verhoeven tidak dapat menyembunyikan perasaan sedihnya.
“Saya rasa lebih baik, tapi saya masih lemah,” kata Paula Verhoeven di saluran YouTube Baim Paula, Jumaat lalu.
Tambahnya, Baim Wong cuba menghiburkan Paula dengan menyebut bahawa Pencipta sedang menyediakan sesuatu yang lain untuk Paula dengan hidup dalam keadaan ini.
“Insya-Allah ada masa lagi,” kata Baim Wong.



