ARTIKEL

Suasana hiba ketika bacaan talkin Allahyarhamah Amoy dibacakan di hadapan bapanya, Lan Endor, 53, ibunya, Nasib Kantok, 60, dan ahli keluarga yang lain.

“Bait-bait nak di sinun, Ya Allah kenak orang polah kitak macam tuk?” – Nenek arwah Amoy

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: “Bait-bait nak di sinun, Ya Allah kenak orang polah kitak macam tuk? (Baik-baik di alam baharu, Ya Allah kenapa orang sanggup buat Amoy macam itu).”

Itu rintihan nenek mangsa bunuh, Harian Bujang, 82, semasa pengebumian Nurul Asikin Lan, 28, di Tanah Perkuburan Islam Semariang hari ini.

Sebaik jenazah selamat dikebumikan sekitar 1.30 petang, Harian dilihat seakan pitam sambil memeluk batu nisan Nurul Asikin yang mesra disapa Amoy sambil ditenangkan ahli keluarga yang lain.

Malah, ibu Amoy, Nasib Kantok, 60, dilihat seakan-akan pitam sebelum dipapah orang ramai untuk duduk sejurus jenazah anak sulung daripada empat adik-beradik terbabit tiba di tanah perkuburan.

Rata-rata ahli keluarga dan orang ramai yang turut hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Amoy tidak dapat menahan sebak apabila melihat nenek mangsa rebah di pusara cucu kesayangan.

Terdahulu jenazah dibawa ke selepas dibawa ke Kompleks Raudhatul Sakinah untuk disolatkan sebelum dibawa ke tanah perkuburan untuk pengebumian dihadiri lebih 200 orang.

Sementara, satu jasad wanita yang dipercayai dibunuh dijumpai di kawasan longkang berdekatan tempat pembuangan sampah dekat Samajaya, Tabuan Jaya pada Sabtu.

Jasad tidak bernyawa terbabit dijumpai dalam keadaan tidak sempurna susulan penangkapan seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun yang dikaitan dengan kes kehilangan Nurul Ashikin.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata, pembunuhan itu bermotifkan niat untuk mendapatkan rantai dan anting-anting emas mangsa, yang dipercayai digunakan sebagai wang perbelanjaan ke luar negara.

“Suspek ditangkap dan sedang dalam tahanan reman sehingga 22 Disember ini dan memang ada pengakuan daripada suspek bahawa dia terlibat dalam kes pembunuhan tersebut… dan suspek bawa sendiri tempat mangsa dibuang,” katanya.

Semalam, polis mengesahkan identiti mayat yang dijumpai hampir reput di kawasan longkang, Jalan Setia Raja, pada Sabtu lepas adalah milik Nurul Asikin Lan.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, ia susulan keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) pada Rabu mendapati jasad itu milik wanita yang dilaporkan hilang sejak 5 Disember lalu.

“Kita mengesahkan hasil laporan DNA identiti mayat yang dijumpai hampir reput di kawasan longkang, Jalan Setia Raja milik Nurul Asikin Lan, yang merupakan mangsa kes bunuh yang kini sedang disiasat.

“Justeru, orang awam diingatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih kerana ia akan mengganggu siasatan yang dijalankan,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU