ARTIKEL

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (MUT) Sarawak, Datuk Seri Julaihi Narawi . Gambar fail

Bajet suntik komitmen MUT untuk sedia perkhidmatan utiliti dan telekomunikasi mampan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 yang dibentangkan Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg adalah bajet berorientasikan rakyat yang menggariskan komitmen Kerajaan Sarawak terhadap kebajikan rakyat.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (MUT) Sarawak, Datuk Seri Julaihi Narawi berkata, ia mencerminkan tumpuan teguh Sarawak mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, merangsang pelaburan swasta, mewujudkan peluang pekerjaan dan membina ekonomi yang lebih berdaya saing dan berdaya tahan.

Katanya, Sarawak mengunjurkan hasil 2025 sebanyak RM14. 2 bilion merupakan satu lagi yang terbesar dalam sejarah bajet Sarawak berbanding RM13.3 bilion pada 2024.

“Bajet negeri 2025 dijangka menjana lebihan RM 486 juta, ia menunjukkan kekuatan kewangan Sarawak pada laluan pertumbuhan pemulihannya di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS 2030 ),” katanya.

Beliau berkata, Sarawak memperuntukkan pembiayaan besar yang melengkapkan jumlah Belanjawan Persekutuan baru-baru ini sebanyak RM5.9 bilion.

Mewakili kementeriannya, Julaihi mengucapkan terima kasih kepada Abang Johari kerana memperuntukkan RM1.72 bilion untuk pembangunan perkhidmatan air, elektrik dan telekomunikasi.

Dengan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM1.23 bilion untuk air dan elektrik dan RM0.49 bilion untuk perkhidmatan telekomunikasi, katanya, kementerian komited menyediakan liputan penuh untuk perkhidmatan utiliti dan telekomunikasi mampan dan berpatutan terutamanya di kawasan luar bandar.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan