ARTIKEL

Sagah (duduk tengah) merakam gambar kenangan bersama kenamaan, peserta, guru dan ibu bapa. PIC 2:

Bakat teknologi luar bandar Sarawak terus menyerlah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Bakat dalam bidang sains dan teknologi tidak hanya tertumpu di bandar-bandar utama negeri ini, malah ramai inovator muda berbakat lahir dari kawasan luar bandar Sarawak.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata bakat boleh ditemui di setiap kampung, rumah panjang dan sekolah luar bandar sekiranya pelajar diberikan peluang serta galakan untuk berjaya.

“Andalah generasi yang akan mereka bentuk bandar pintar Sarawak. Anda akan membangunkan sistem tenaga bersih kita. Anda akan mencipta teknologi yang pada hari ini, guru-guru anda dan saya sendiri tidak dapat bayangkan.

“Belajarlah daripada lawan, saling membantu apabila berdepan cabaran serta sentiasa mengekalkan semangat persahabatan sepanjang pertandingan. Setiap jurutera, saintis dan inovator terkemuka dunia pernah bermula di tempat yang sama seperti anda pada hari ini,” katanya.

Sagah (tiga kiri) bergambar bersama kenamaan pada majlis tersebut.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Peringkat Akhir RoboClash Challenge 2026 di Dewan Masyarakat Serian pada Sabtu.

Ujarnya, pertandingan seperti RoboClash Challenge 2026 menyediakan platform untuk mencungkil serta mengembangkan bakat tersebut.

Pertandingan yang berlangsung dalam tiga pusingan itu berjaya menarik penyertaan kira-kira 350 pelajar dari seluruh Sarawak tahun ini, dengan sekitar 160 peserta akhir berentap di Serian selepas pusingan terdahulu di Bintulu dan Sri Aman.

Para finalis bersaing dalam empat kategori iaitu Cabaran Robot Sumo, Perlumbaan Halangan Dron Mini, Cabaran RoboMaster dan Pertandingan Bola Sepak Dron.

Pasukan-pasukan bertanding dalam Cabaran RoboMaster.

Sementara itu, peserta cemerlang dalam RoboClash Challenge tahun ini berpeluang mewakili Sarawak ke pertandingan peringkat antarabangsa.

Wakil rakan strategik, U Best Youbisheng Sdn Bhd, Felix Lee, berkata pihak penganjur akan mengenal pasti bakat berpotensi daripada senarai pemenang untuk diketengahkan ke pertandingan luar negara pada masa akan datang.

“Tahun ini kami juga akan melakukan perkara yang sama.
“Kami akan memilih daripada senarai pemenang dan menilai sama ada mereka mempunyai potensi serta bakat yang boleh dikembangkan,” katanya.

Menurut Lee, inisiatif itu telah membuahkan hasil apabila Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Bungan di Mulu mewakili Sarawak dalam pertandingan dron di Hong Kong pada awal tahun ini.

Sekolah luar bandar tersebut turut menerima Anugerah Bakat Paling Berpotensi, sekali gus membuktikan bahawa inovator muda berbakat boleh lahir dari mana-mana pelosok negeri.

Beliau berkata pihak penganjur berharap dapat terus memberi pendedahan kepada bakat muda Sarawak di peringkat antarabangsa pada masa hadapan.

Peserta beraksi dalam Cabaran Robot Sumo.
Pasukan-pasukan bertanding dalam Cabaran RoboMaster.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Budayakan sukan demi Visi 2030

MUKAH: Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Mukah menjadi platform menggalakkan masyarakat menjadikan aktiviti sukan dan rekreasi sebagai sebahagian daripada gaya hidup sihat. Pegawai Belia