ARTIKEL

Chukpai merakam gambar bersama pasukan Bakoba FC yang menjuarai Piala Krismas Apau Koyan 2025.

Bakoba FC Rangkul Kejuaraan Piala Krismas Apau Koyan 2025

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Pasukan Bakoba FC muncul juara Piala Krismas Apau Koyan 2025 selepas mempamerkan aksi konsisten sepanjang kejohanan yang berlangsung di Padang Bola Sepak Uma Kelap, Skim Penempatan Semula (BRS) Bakun, Sungai Asap, sekali gus menjulang Piala Pusingan YB Kennedy Chukpai Ugon.

Kejayaan Bakoba FC menewaskan persaingan sengit daripada 23 pasukan lain dari kawasan Sungai Asap dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Murum membuktikan keupayaan serta disiplin pasukan itu dalam mengekalkan prestasi cemerlang sehingga ke perlawanan akhir.

Naib juara kejohanan disandang oleh pasukan Lafa A, manakala Baloga FC menduduki tempat ketiga dan Umbasuko di kedudukan keempat.

Majlis perasmian penutupan kejohanan disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon.

Dalam ucapannya, Chukpai memuji semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh semua pasukan serta komitmen tinggi penganjur dalam memastikan kejohanan berlangsung dengan lancar.

Menurut beliau, penganjuran kejohanan seumpama ini bukan sahaja menjadi platform pembangunan bakat sukan, malah berperanan penting dalam memupuk perpaduan, semangat kekitaan serta menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan generasi muda di kawasan penempatan semula Bakun.

Sebanyak 24 pasukan bola sepak menyertai Piala Krismas Apau Koyan 2025, iaitu kejohanan tradisi komuniti penempatan semula Bakun yang telah dianjurkan sejak tahun 1999, sekali gus menjadi platform penting dalam mencungkil bakat sukan serta memperkukuh perpaduan masyarakat setempat.

Kejohanan ini dianjurkan dengan kerjasama Sarawak Energy Berhad, Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN N.66 Murum, Kelab Belia Asap Koyan (KBAK) dan Lakin Asap Koyan Football Club serta mendapat sokongan penuh Jawatankuasa Piala Krismas Apau Koyan 2025.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU