ARTIKEL

Balai Polis Siniawan bakal jadi muzium PDRM pertama Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Balai Polis Siniawan lama, Bau yang berusia lebih 100 tahun bakal dijadikan sebagai muzium Polis Diraja Malaysia (PDRM) pertama di Sarawak.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, proses pembinaan muzium yang dianggarkan bernilai RM6 juta dijangka akan bermula pada tahun 2024.

“Kita telah memanjangkan perkara ini kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani dan Kerajaan Sarawak telah bersetuju untuk menanggung segala perbelanjaan pembangunan muzium PDRM ini.

“Ia dianggarkan menelan kos RM6 juta, bagaimanapun kita akan melihat sama ada peruntukan akan ditambah kerana kita jangkakan ini merupakan satu-satunya muzium PDRM terdapat di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan majlis Perasmian Balai Polis Siniawan baharu di Pekan Siniawan, hari ini.

Menurutnya, perancangan penubuhan muzium terbabit merupakan hasil cetusan idea ADUN Serembu, Miro Simoh serta mendapat kerjasama daripada Jabatan Muzium Sarawak dan agensi berkaitan.

Ia juga mengetengahkan peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah polis di Sarawak, serta memberikan lebih nilai tambah termasuk dijadikan produk pelancongan.

Untuk berita terperinci, sila langgani e-paper atau akhbar Suara Sarawak di pasaran.

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU