Trending

Balik kampung awal sambut Hari Raya Aidilfitri

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Menjelang dua minggu sebelum Hari Raya Aidilfitri, Terminal Bus Kuching Sentral masih sunyi dan dijangka diserbu pada minggu terakhir Ramadan. 

Tinjauan Suara Sarawak mendapati hanya beberapa orang yang berlegar-legar dan menunggu di terminal. 

Salah seorang penumpang, Hanan Hidayah Zahid, 21, berkata, terminal hanya akan dibanjiri orang ramai beberapa hari sebelum Hari Raya Aidilfitri. 

“Saya memilih untuk pulang awal ke kampung (Saratok) memandangkan urusan saya di sini selesai dan terus membuat persiapan untuk menyambut Aidilfitri.

“Tambahan pula, saya tidak mahu bersesak dengan penumpang lain jika pulang pada minggu terakhir Ramadan.

Saya risau sekiranya tahun ini raya lebih awal seperti tahun lepas, saya tidak sempat melakukan persiapan,” ujarnya.

Hanan juga berharap agar penumpang merancang perjalanan pulang dengan bijak lebih-lebih lagi pengangkutan awam itu akan mengalami ‘tsunami’ pengguna pada musim perayaan kelak.

Manakala Mohamad Saifuddin Mohamad Mohaldin, 23, berkata, beliau akan pulang ke Saratok sekiranya mempunyai cuti semester sahaja.

“Untuk perjalanan ke Saratok, saya hanya perlu membelanjakan RM60, dan ia lebih menjimatkan berbanding menggunakan kenderaan sendiri,” katanya.

Apabila ditanya tentang persediaan sekiranya Hari Raya Aidilfitri lebih awal, Saifuddin berkata, beliau akan memastikan berada di rumah tiga hari sebelum perayaan untuk membantu keluarga.

Saifuddin turut berpesan kepada semua penumpang untuk mengambil langkah berjaga-jaga seperti menggunakan pelitup muka ketika di dalam bas kerana wabak Covid-19 belum hilang sepenuhnya.

Bagi pelajar penuntut kolej swasta, Alicia Silvia, 19, beliau biasanya akan menggunakan bas itu untuk pulang Mukah setiap bulan.

 Menurutnya, pada Ramadan, beliau akan memilih tarikh yang tidak terlalu dekat dengan musim perayaan bagi mengelak tiket habis.

“Jika saya pulang pada musim perayaan, risiko tiket habis sangat tinggi kerana banyak pengguna yang memilih bas untuk pulang ke kampung halaman masingmasing,” katanya.

Nurul Atikah Mahli, 20, pelajar institut pengajian tinggi juga menggunakan bas empat kali setahun, dari Kuching dan Sarikei. 

“Saya pulang awal ke Sarikei kerana untuk membantu ibu membuat kek,” katanya.

Mohamad Saifuddin Mohamad Mohaldin, 23
 Hanan Hidayah Zahid, 21
 Alicia Silvia,19
Nurul Atikah Mahli, 20

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru

Mata-mata di jalan raya

SILA patuhi undang-undang peraturan di jalan raya. Dengan keadaan kewangan