ARTIKEL

Bandar hijau Oslo jadi inspirasi pembangunan Kapit

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak mengambil inspirasi pendekatan bandar hijau Oslo dalam usaha memperhalusi Pelan Induk Kapit.

Lawatan rasmi delegasi Sarawak ke Norway hari ini diketuai oleh Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, bermula dengan sesi taklimat bersama-sama Kerajaan Bandar Oslo.

Menurutnya, Oslo dipilih kerana kejayaannya dalam membangunkan bandar hijau menerusi perancangan bandar lestari, sistem pengangkutan awam yang cekap, serta penggunaan teknologi digital dalam pengurusan infrastruktur.

“Oslo menawarkan pelbagai pendekatan inovatif dalam pembangunan bandar yang boleh menjadi rujukan penting bagi Kapit.

“Pendekatan ini amat berguna terutama dalam memastikan pertumbuhan ekonomi selari dengan kelestarian alam sekitar,” katanya.

Dalam sesi berkenaan, Penasihat Politik kepada Timbalan Datuk Bandar Pembangunan Bandar Oslo, Ingeborg Tennes, berkongsi bahawa visi Oslo adalah sebagai sebuah bandar yang berdaya tahan, mesra alam dan saling berhubung.

Manakala Penasihat Perancangan, Peter Austin, pula menjelaskan pengintegrasian sistem pengangkutan awam, menggunakan alat perancangan digital, dan membangunkan infrastruktur yang mampu menyesuaikan diri dengan perubahan iklim di bandar tersebut.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif RECODA, Datuk Ismawi Ismuni, membentangkan Pelan Induk Kapit yang memberi tumpuan kepada kelestarian alam sekitar, pertumbuhan ekonomi, pemeliharaan budaya dan identiti Kapit.

Beliau menekankan bahawa kerjasama antarabangsa seperti ini amat penting bagi memastikan perancangan pembangunan luar bandar di Sarawak menggunakan amalan terbaik global.

Lawatan ini menjadi platform pertukaran pengetahuan yang memperkukuh usaha Sarawak untuk memanfaatkan teknologi hijau dan memperkenalkan elemen bandar pintar dalam pembangunan Kapit.

BERITA LAIN

Wajib bayar HUTANG, jangan tangguh

Hutang merupakan perkara yang lazim dalam kehidupan manusia. Ada yang berhutang untuk memenuhi keperluan keluarga, membeli rumah, mendapatkan kenderaan atau menjalankan perniagaan. Islam tidak melarang

BERITA TERBARU

Patrick Stewart Meninggal Dunia

Dunia seni lakonan antarabangsa kehilangan seorang legenda apabila pelakon tersohor Britain, Sir Patrick Stewart, meninggal dunia pada usia 86 tahun di kediamannya di Los Angeles,

Tiga lelaki ditan

MUKAH: Tiga lelaki peranak menua beumur entara 24 nyentuk 26 taun ditan pengudah ditemu positif dadah bansa methamphetamine ba Operasyen Begulai Nagang Penyah t i