ARTIKEL

Tertuduh (seluar merah) bersama-sama rakan sejenayah keluar dari bilik Mahkamah Sesyen 3.

Banduan PBSL dipenjara 17 tahun enam bulan, 14 sebatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang banduan yang dilepaskan secara berlesen (PBSL) dijatuhi hukuman penjara 17 tahun 30 bulan dan 14 sebatan oleh mahkamah hari ini, atas pelbagai kesalahan jenayah melibatkan ragut, rompak berkumpulan dan khianat menyimbah cat warna merah rumah orang lain.

Muhamad Syafik, 24, mengaku bersalah atas empat pertuduhan yang dibacakan secara berasingan di hadapan empat mahkamah berasingan.

Mengikut pertuduhan pertama, dia dan rakannya Nik Farris, 28, didakwa di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan berkumpulan bersama-sama rakan sejenayahnya terhadap seorang wanita berusia 64 tahun dengan mengambil telefon pintar, kad pengenalan dan dua keping kad ATM.

Mereka melakukan kesalahan itu di hadapan sebuah farmasi di Taman BDC, Jalan Stampin, sekitar jam 8.00 pagi, 11 Jun lepas.

Hakim Mahkamah Sesyen Noorhisham Mohd Jaafar menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan tujuh sebatan masing-masing terhadap Syafik dan Nik.

Manakala, pertuduhan kedua dia didakwa di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan, kerana meragut seorang wanita berusia 43 tahun dengan merampas beg tangan mangsa.

Dia melakukan kesalahan itu di Jalan Green Hill, sekitar jam 5.47 petang, 6 Mei lepas.

Hakim Mahkamah Sesyen Musli Abdul Hamid menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan tujuh sebatan terhadap Syafik.

Bagi pertuduhan ketiga, Syafik didakwa di bawah Seksyen 426 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 34 kanun yang sama kerana, dia dan rakan sejenayahnya yang masih bebas sengaja melakukan khianat harta benda dengan menyimbah minyak petrol ke sebuah rumah milik seorang lelaki berusia 64 tahun.

Dia melakukan perbuatan itu di hadapan sebuah rumah di Jalan Menggeris, sekitar jam 2.00 petang, 16 Mac lepas.

Pertuduhan keempat pula, dia didakwa di bawah seksyen yang sama, kerana melakukan khianat harta benda dengan menyimbah cat merah pada pagar rumah pada mangsa yang sama.

Dia melakukan kesalahan itu di kawasan rumah yang sama, sekitar jam 5.15 pagi, 4 April lepas.

Majistret Leona Dominic MoJiliu menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan bagi pertuduhan ketiga, dan penjara 12 bulan bagi pertuduhan keempat.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara secara berturut-turut.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya(DPP) Chuah Kai Sheng, DPP Muhammad Aidil Akmal Sharidan, DPP Fauzulutfi Suriani, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU