ARTIKEL

Bangga dan terharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BARAM: Pembinaan Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA) SeDIDIK Penan di Long Leng mendapat respons yang sangat positif dalam kalangan masyarakat setempat di sini. Ia bukan sekadar memberi manfaat kepada kanak-kanak, malah golongan belia yang baru menamatkan pendidikan.

Menurut Setiawan Maister, 27, selaku guru di Tadika SeDIDIK, beliau bangga dan terharu terhadap inisiatif kerajaan yang menubuhkan tadika di kawasan pedalaman tersebut.

“Dengan adanya tadika ini, ia sedikit banyak memberi kesedaran terhadap masyarakat Penan yang agak jauh ketinggalan daripada masyarakat lain, mengenai kepentingan pendidikan awal kanak-kanak bagi membentuk jati diri.

“Selain itu, ia juga memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat Penan.

“Ia membuktikan kaum minoriti seperti kami ini tidak dilupakan begitu sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Tadika SeDIDIK Penan yang dirasmikan oleh Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Long Leng, Baram di sini semalam.

Menurut pembantunya, Christie Nancy, 21, pembinaan tadika tersebut sangat membantu dalam memberi keselesaan semasa sesi pembelajaran kanak-kanak di kawasan tersebut.

“Tiada kata dapat diungkapkan selain gembira dan bangga, kerana sebelum ini kanak-kanak di sini hanya belajar di ruai rumah panjang.

“Pada masa sekarang, saya mampu menarik nafas lega setelah tadika ini ditubuhkan kerana ia membantu memberi keselesaan serta ketenangan terhadap kanak-kanak semasa melalui proses pembelajaran.

“Justeru itu, saya berharap ibu bapa khususnya di kawasan ini akan lebih berfikiran terbuka untuk menghantar anak mereka bersekolah di sini.

“Malah sentiasa ingat bahawa titik permulaan kepada kejayaan kita adalah melalui pendidikan,” katanya.

Manakala Nelson Yahaya, 27 (Penyelia Sukarelawan Tadika SeDIDIK) di kawasan Baram berkata, penubuhan Tadika ini memberi seribu satu kebaikan terhadap masyarakat di kawasan ini khususnya golongan kanak-kanak dan ibu bapa.

“Jika sebelum ini ramai yang menganggap bahawa pendidikan adalah satu pilihan, kerana kurangnya akses dan pendedahan.

“Tetapi sekarang ia dianggap sebagai salah satu aspek paling penting dalam kehidupan kerana ia merupakan pengukur kejayaan seseorang.

“Apabila mereka mulai terbuka hati menghantar anakanak ke sekolah untuk mendapatkan pendidikan, mereka secara perlahanlahan akan melihat hasilnya serta menyedari betapa pentingnya pendidikan dalam kehidupan,” katanya.

Christie Nancy
Setiawan Maister
Nelson Yahaya

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Presiden Rusia tawa perdamaian bersyarat kepada Ukraine

MOSCOW, Rusia: Presiden Rusia, Vladimir Putin, semalam mencadangkan perdamaian kepada Ukraine dengan menggariskan syarat-syarat Rusia untuk menamatkan serangan dan memulakan rundingan damai, lapor Agensi Anadolu