ARTIKEL

Awang Tengah ketika mengadakan lawatan ke tapak projek Bangunan PERKIM Lawas di Banting, hari ini. FOTO: UKAS

Bangunan PERKIM Lawas Dijangka Siap Hujung Bulan Ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LAWAS: Pembinaan Bangunan PERKIM Lawas sebagai ruang yang lebih selesa dan teratur bagi menjalankan aktiviti masyarakat dijangka siap hujung bulan ini.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, projek tersebut kini berada pada fasa akhir pembinaan.

Menurut beliau, bangunan ini menjadi pusat pelaksanaan pelbagai aktiviti keagamaan, pendidikan dan kemasyarakatan, selain menyediakan kemudahan yang lebih kondusif untuk masyarakat setempat.

“Bangunan ini akan dilengkapi dengan sebuah dewan utama, bilik mesyuarat, ruang untuk kelas agama dan kelas mengaji serta kemudahan sokongan lain yang dapat dimanfaatkan oleh komuniti setempat.

“Terdapat kemudahan tambahan termasuk ruang kantin atau premis kecil yang boleh digunakan bagi aktiviti perniagaan kecil masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke tapak projek Bangunan PERKIM Lawas di Banting, hari ini.

Tambah beliau, sebahagian besar kos pembinaan bangunan berkenaan ditanggung menerusi sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) oleh Syarikat Tecktonic and Sons.

“Saya merakamkan penghargaan kepada syarikat ini atas komitmen yang diberikan dalam memastikan projek berkenaan dapat dilaksanakan dengan lancar dan mengikut jadual yang ditetapkan.

“Terima kasih kepada syarikat yang menyumbang melalui CSR dalam memastikan pembinaan bangunan PERKIM berjalan lancar dan mengikut jadual.

“Tahniah juga kepada PERKIM Lawas kerana kini memiliki bangunan sendiri yang mampu menampung kira-kira 200 orang pada satu masa. Lokasinya yang strategik pastinya akan memperkukuh pelaksanaan pelbagai program dan aktiviti masyarakat pada masa akan datang,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau yakin kemudahan baharu itu akan menjadi platform penting dalam memperkasakan pembangunan komuniti serta memperluas pelaksanaan program keagamaan dan pendidikan di Lawas.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU