ARTIKEL

MUSNAH… Kebakaran memusnahkan struktur bangunan sebanyak 80 peratus.

Bangunan Persatuan Pengakap Malaysia Cawangan Sarawak terbakar pagi tadi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Bangunan Persatuan Pengakap Malaysia Cawangan Sarawak musnah 80 peratus dalam kebakaran di Jalan Batu Lintang di sini, pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.57 pagi dengan jentera pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang digegaskan ke lokasi kejadian.

“Susulan itu, sepasukan pegawai dan anggota serta aset dari BBP Padungan dan Tabuan Jaya turut
dikerahkan ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

MUSNAH… Kebakaran memusnahkan struktur bangunan sebanyak 80 peratus.

Menurut PGO, kebakaran melibatkan bangunan dua tingkat dengan struktur separuh kekal telah terbakar 80 peratus di bahagian atas.

Katanya, anggaran keluasan kebakaran adalah 100 kaki persegi kali 100 kaki persegi, manakala kebakaran tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

“Kebakaran berjaya dikawal pada 6.53 pagi, sementara operasi ditamatkan pada jam 8.51 pagi. Punca serta jumlah kerugian kini masih dalam siasatan,” jelasnya.

BERITA LAIN

ASEAN perlu perkukuh kesiapsiagaan ancaman biologi

MIRI: Latihan simulasi rentas sempadan ASEAN perlu merangkumi senario ancaman biologi di luar jangkaan bagi menguji kesiapsiagaan negara anggota serta keupayaan agensi berkaitan menyelaraskan tindakan

BERITA TERBARU