ARTIKEL

Bangunkan 1,000 masjid pintar di seluruh negeri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jabatan Agama Islam Sarawak (Jais) disaran membangunkan sistem digital yang melibatkan 1,000 masjid dan 400 surau di seluruh negeri.

Menteri Muda Hal Ehwal Islam dan DBKU Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, ia selari dengan usaha Kerajaan Sarawak mempelopori ekonomi digital sejak 2017.

“Kita boleh laksanakan e-surau dan e-masjid, sekali gus membangunkan masjid dan surau pintar di seluruh negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Khidmat Islam Sarawak (Kiswa) 2020 di Dewan Majma’ Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, di sini, semalam.

Kiswa mula digunakan sejak 15 Jun lepas dan boleh dilayari melalui kiswa.sarawak.gov.my.

Ia mempunyai beberapa ciri menarik seperti pusat sehenti, Sarawak ID, maklumat sehenti dan mesra pengguna.

Selain itu, Kiswa turut memperkenalkan modul perkhidmatan baharu seperti permohonan kad nikah, khidmat nasihat dan kaunseling, pendaftaran tanah perkuburan Islam serta pelaporan mesyuarat dan pengurusan kes syariah.

Dr Abdul Rahman yang juga Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) menjelaskan, pembangunan sistem digital di masjid dan surau penting untuk mempelbagaikan fungsi rumah ibadah tersebut.

“Kita mahu masjid dan surau menjadi medan pemerkasaan ilmu dan kemasyarakatan selain untuk aktiviti keagamaan,” tambahnya.

Beliau menggesa agensi lain di bawah Majlis Islam Sarawak (MIS) supaya mencontohi Jais untuk membangunkan sistem digital bagi meningkatkan perkhidmatan kepada masyarakat.

“Setakat ini, Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak dan Jais yang membangunkan sistem digital.

“Saya berharap selepas ini semua agensi Islam dapat membangunkan sistem digital sendiri dan menjadikan MIS sebagai majlis pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi digital secara menyeluruh,” jelasnya lagi.

Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datuk Misnu Taha; Pengarah Jais Khalidi Ibrahim; Ketua Hakim Syarie Sarawak Awang Suhaili Ledi dan Pengarah Jabatan Mufti Sarawak Mual Suaud turut hadir.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU