ARTIKEL

Abang Johari bergambar bersama-sama anak Sarawak yang hadir pada Program Lan Berambeh Anak Sarawak 2023 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC). | MOHD ALIF NONI

Bangunkan makmal di setiap daerah, semua sekolah boleh guna – Abang Johari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kerajaan Sarawak akan membangunkan sebuah makmal yang boleh diguna pakai oleh semua sekolah dalam sesebuah daerah demi memperkasa bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, usaha ini akan dibiayai sepenuhnya sendiri oleh kerajaan negeri dan dilaksanakan di semua daerah.

Sehubungan itu, beliau juga mencadangkan agar Kerajaan Pusat melengkapkan sekolah baharu dengan makmal sains untuk meningkatkan kefahaman pelajar dalam bidang yang disasarkan.

“Saya sudah bawa perkara ini kepada Kerajaan Pusat dan Menteri Pendidikan untuk mengambil kira usaha ini supaya anak-anak dilengkapi dengan keperluan bagi mempelajari subjek sains.

“Kita dapati bahawa anak-anak kita mempunyai kelemahan dalam bidang sains dan ia berpunca daripada kekurangan atau ketiadaan makmal dalam sekolah yang bukan aliran sains.

“Ekoran itu, pelajar hanya belajar melalui buku teks dan tidak berpeluang mendalami ilmu fizik, biologi dan sebagainya secara praktikal.

Oleh itu, anak-anak kurang memahami subjek yang diajarkan kerana hanya diajar secara teori tanpa pengalaman sebenar (praktikal),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan anak-anak tempatan menerusi sesi Town Hall Sarawak Agenda di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) sempena Program Lan Berambeh Anak Sarawak 2023 di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Abang Johari menekankan bahawa isu kekurangan guru di sekolah sedang dibincangkan bersama-sama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi membenarkan maktab serta universiti di Sarawak menawarkan pengajian perguruan.

“Kita sedang bekerjasama dengan KPM untuk melatih guru tempatan.

Sekali gus, dapat menempatkan sekitar 3,000 guru yang diperlukan pada masa ini. Usaha ini sedang dilaksanakan sekarang,” ringkasnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU