ARTIKEL

Syed Hamzah bersama para pewakilan.

Bangunkan modal insan jadi tumpuan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kemenangan sebagai salah seorang Ahli Majlis Kerja Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dimanfaatkan sepenuhnya untuk melibatkan diri di samping memberi input dalam penggubalan polisi dan inisiatif untuk anak muda.

Menurut Syed Hamzah Wan Hamid Edruce, ketika ini Kerajaan Sarawak sudah mempunyai polisi yang cukup baik untuk pembangunan modal insan terutama dengan perlaksanaan polisi seperti pendidikan percuma untuk anak Sarawak yang bakal dilaksana tahun depan.

“Saya berpendapat sudah sampai masanya tumpuan turut diberikan untuk merangka polisi bagi membantu anak-anak muda yang baharu tamat pengajian mereka di peringkat universiti.

“Mungkin polisi mengenai bagaimana kerajaan dapat memperkasakan lagi usaha membantu usahawan muda di Sarawak terutama untuk membantu mereka bertahan untuk lima tahun pertama perniagaan,” katanya kepada wartawan.

Beliau yang mendapat tempat ke-15 daripada 16 kerusi Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang dipertandingkan menjelaskan pembangunan usahawan merupakan salah satu aspek penting kerana wujud dan berkembangnya perniagaan baharu akan menambahkan jumlah penawaran peluang pekerjaan untuk para belia di Sarawak.

“Sarawak menyasarkan untuk menjadi wilayah maju berpendapatan tinggi, justeru peluang pekerjaan yang menawarkan gaji yang tinggi perlu diwujudkan dalam jumlah yang lebih banyak secara konsisten,” katanya.

Syed Hamzah yang juga Ketua Cawangan PBB Pelawan juga ingin melihat anak Sarawak tidak perlu lagi berhijrah keluar untuk mencari rezeki.

Ujarnya, visi Premier mahu menjadikan Sarawak sebagai ‘Bavaria’ di Malaysia atau menjadi kuasa ekonomi utama negara merupakan satu visi berani dan beliau percaya Sarawak kini berada di landasan yang tepat kearah itu.

“Saya berharap dengan adanya anak muda seperti saya berjaya dikekalkan didalam barisan MKT, PBB akan sentiasa menjadi sebuah parti politik yang malar segar yang sentiasa mempunyai pelapis pemimpin yang mampu mengemudi Sarawak ketahap yang diimpikan oleh pemimpin tertinggi PBB ketika ini,” katanya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU