ARTIKEL

Banjir di Kampung Jugan pulih

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Banjir yang menjejaskan penduduk Kampung Jugan, Bau pulih sepenuhnya pagi tadi.

Menurut Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak Mejar (PA) Ismail Mahedin, semua mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan di balai raya Kampung Jugan sudah pulang ke rumah masing-masing.

“Air telah surut sepenuhnya. Pusat pemindahan ditutup pada jam 9 pagi,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Pusat pemindahan di balai raya Kampung Jugan dibuka semalam, bagi menempatkan 12 orang mangsa dari empat keluarga yang terjejas ekoran hujan berterusan.

Sementara itu, Ismail berkata kawasan yang masih terjejas setakat ini ialah di Taman Seri Emas, Batu Kawa membabitkan 46 orang mangsa dari sembilan keluarga.

Katanya semua mangsa kini ditempatkan di dewan masyarakat Stapok.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU