KUCHING: Mangsa banjir yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Taman Malihah berhadapan dengan situasi cemas apabila air mula memasuki ruangan pusat tersebut, awal pagi tadi.
Ketua Kaum Taman Malihah Satu Salman Karudin berkata, air yang naik secara tiba-tiba telah menyebabkan keadaan tersebut berlaku.
“Sekitar jam 2 pagi saya dikejutkan dengan suara yang menyebut ‘banjir, banjir, banjir’ dan saya melihat air sudah naik.
“Apabila keadaan tersebut berlaku, semua orang panik dan ada yang mengangkut barang-barang mereka, ada yang tertinggal dan sebagainya,” katanya.
Salman berkata demikian ketika ditemui pemberita di Pusat Pemindahan Sementara Dewan Serbaguna Taman Malihah, di sini hari ini.
Bagaimanapun, tambah Salman walaupun PPS tersebut dimasuki air tetapi ia masih dalam keadaan terkawal.
“Air sudah mula beransur surut pada jam 4 pagi tadi, dan sudah surut sepenuhnya 6.30 pagi,” ujarnya.
Terdahulu, PPS Taman Malihah yang dimasuki air awal pagi tadi itu telah tular menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.
Sebagai rekod, info yang diterima menyatakan PPS Taman Malihah ditutup susulan kejadian tersebut awal pagi tadi dan mangsa telah dipindahkan ke PPS SJK Chung Hua Sg Tengah.


Pencegahan Dadah Perlukan Kerjasama Berterusan Semua Pihak
BINTULU: Program Mini Bowling: Strike Out Drugs! bukan sahaja menjadi wadah menggalakkan gaya hidup sihat, malah berperanan meningkatkan kesedaran masyarakat dengan bahaya penyalahgunaan dadah, khususnya
