ARTIKEL

Banjir di SK Kuala Sigu di Bintulu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Seramai 29 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Sigu, dekat sini tidak dapat meneruskan sesi persekolahan sejak Khamis berikutan kawasan sekolah berkenaan dinaiki air.

Sekolah terbabit dinaiki air mencecah sepuluh kaki sejak jam 6 pagi tadi ekoran hujan lebat bermula Selasa.

Penyelaras Jawatankuasa Pengurusan Bencana Banjir sekolah itu, Peter Anak Segaya berkata, paras air mulai naik secara perlahan-lahan sejak petang semalam di kawasan kuarters guru besar, kuarters kakitangan pentadbiran, blok akademik dan blok pentadbiran.

“Kelas ditangguh sejak tengahari semalam(Khamis), Namun, guru serta kakitangan pentadbiran masih berada di sekolah,” katanya ketika ditemui.

Bagaimanapun, guru serta kakitangan pentadbiran dalam keadaan siap siaga untuk menghadapi segala kemungkinan,ujarnya lagi.

Tinjauan Suara Sarawak di sekolah terbabit mendapati keadaan banjir masih terkawal dan tiada perpindahan penduduk berlaku.

Penangguhan sesi pembelajaran dibuat bagi memastikan keselamatan murid dan akan dibuka semula sekiranya keadaan pulih seperti sedia kala.

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi