Banjir: Laporan Pusat Pemindahan Sementara

Infografik bencana banjir Bahagian Kuching dari Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) setakat jam 4.15 petang tadi.

NUR HAZIRAH SHUKUR

KUCHING: Bilangan keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dari Kampung Buntal dan Sungai Lumut meningkat setakat jam 8.00 malam ini.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Mejar Ismail Mahedin menyatakan, PPS bagi kawasan berkenaan ditempatkan di Dewan Sri Buntal dan mula dibuka pada jam 4.15 petang tadi.

“Terdapat peningkatan jumlah keluarga bermula pada jam 4.15 petang hingga 8.00 malam, daripada sembilan kepada 12 keluarga.

“Dan mangsa daripada 38 meningkat kepada 48 mangsa,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Suara Sarawak